Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ditakrifkan sebagai mikroorganisma hidup bukan patogen yang dapat memberikan kesan kesihatan yang baik kepada perumah (contohnya manusia atau haiwan) apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi (WHO, 2011). Probiotik kini mudah didapati dalam pelbagai jenis makanan dan makanan tambahan dalam bentuk serbuk, cecair dan kapsul. Contoh makanan probiotik adalah yogurt, kefir, kombucha, kimchi, sauerkraut dan tempe.
Dianggarkan terdapat 1013~1014 mikroorganisma yang mendiami saluran gastrousus (GI) manusia (Sender et al, 2016), dan terdapat lebih kurang 1,000 spesies berbeza (Shreiner et al., 2015) membentuk hubungan lazim dengan perumah manusia. Semua mikroorganisma 'baik' dan 'buruk' yang mengisi keseluruhan usus dipanggil mikrobiota usus. Mikrobiota usus memainkan peranan penting dalam mengawal penghadaman, memberi manfaat kepada sistem imun dan aspek kesihatan secara menyeluruh. Oleh itu, adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan dalaman dan mengekalkan kesihatan menyeluruh. Apabila keseimbangan ini terganggu (atau dikenali sebagai disbiosis usus), mikroorganisma 'buruk' yang berlebihan boleh mengisi usus dan boleh menyebabkan keradangan pada penghadaman seperti cirit-birit, sindrom usus merengsa (IBS), sembelit, dsb. Probiotik membantu dalam menyuburkan mikrobiota usus yang boleh memperbaiki masalah pencernaan.
Apabila probiotik ditelan, ia akan memasuki dan membiak di dalam usus, membantu kesihatan usus. Saluran GI juga berkait rapat dengan imuniti organ terbesar manusia, kerana ia terdiri sehingga 70-80% sel imun (Abbas et al, 2017). Sistem imun membantu dalam mengenal pasti bendasing yang terdapat di dalam badan dan memberikan pertahanan imun. Semasa proses penghadaman berlaku, sel imun yang terdapat di dinding saluran usus mengenali sebarang patogen dan toksin yang terdapat di dalam usus. Ini boleh mencetuskan pembentukan antibodi dan melawan sebarang bendasing yang berbahaya. Sistem imun dan pembentukan usus yang lazim membantu dalam melancarkan dan meyokong antara satu dengan lain. Oleh itu menjadi perkara penting dalam membentuk kesihatan usus , kerana ia dapat menguatkan sistem imun.
Terdapat 100 juta neuron yang terletak di dalam saluran usus kecil manusia yang mempunyai hubungan interaksi secara terus dengan otak, dimana ia dipanggil interaksi paksi usus -otak. Sebarang perubahan mikrobiata usus boleh dikaitkan dengan kesihatan pathogenesis neurologi seperti tekanan, kemurungan, kebimbangan dan lain-lain (Kim et al., 2018)
Kebanyakkan manfaat probiotik hanya tertumpu kepada masalah keihatan penghadaman. Terdapat juga kajian lain menunjukkan kesan positif terhadap tahap kesihatan termasuk peningkatan imunisasi, kesihatan mulut, kesihatan kewanitaan, hubungan usus-otak dsb. Kajian berterusan juga menunjukkan lebih banyak penemuaan informasi berkaitan manfaat probiotik terhadap kesihatan.
Laktobasilus biasa ditemui di dalam usus. Dan kebanyakannya membiak di kawasan usus kecil. Juga boleh ditemui di makanan yang ditapai dan dijeruk (Walter,2008). Di Kawasan usus kecil, laktobasilus memudahkan pencernaan makanan dan menentang bakteria berbahaya. Laktobasilus juga dikenali sebagai bakteria asid laktik (LAB) yang menghasilkan asid laktik dimetabolik utama bahan akhir penguraian karbohidrat seperti glukosa. Asid laktik dihasilkan oleh LAB yang merendahkan Ph di Kawasan usus. Menyebabkan ketidakselesaan yang menghalang pembiakan bakteria patogen (Dittoe et al., 2018). Sebagai contoh sepsis laktobasilus yang dijumpai di dalam probiotik tambahan termasuk asidofilus laktobasilus dan rhamnosus laktobasilus. Kajian klinikal melaporkan dapat menyokong kesihatan penghadaman secara optimum.
Laktobasilus biasa ditemui di dalam usus. Dan kebanyakannya membiak di kawasan usus kecil. Juga boleh ditemui di makanan yang ditapai dan dijeruk (Walter,2008). Di Kawasan usus kecil, laktobasilus memudahkan pencernaan makanan dan menentang bakteria berbahaya. Laktobasilus juga dikenali sebagai bakteria asid laktik (LAB) yang menghasilkan asid laktik dimetabolik utama bahan akhir penguraian karbohidrat seperti glukosa. Asid laktik dihasilkan oleh LAB yang merendahkan Ph di Kawasan usus. Menyebabkan ketidakselesaan yang menghalang pembiakan bakteria patogen (Dittoe et al., 2018). Sebagai contoh sepsis laktobasilus yang dijumpai di dalam probiotik tambahan termasuk asidofilus laktobasilus dan rhamnosus laktobasilus. Kajian klinikal melaporkan dapat menyokong kesihatan penghadaman secara optimum.
Bifidobacterium is primarily located in the large intestine (Shigwedha et al., 2013). The general beneficial effects of these bacteria include fiber digestion, water-soluble vitamin production for body absorption and offer protection against pathogens. These bacteria are also classified as LAB as they metabolize sugar to produce lactic acid, as well as acetic acid. Examples of the most popular Bifidobacterium species are Bifidobacterium longum and Bifidobacterium bidifium.
Selain memasukan probiotik kedalam kesihatan usus, ia juga penting untuk memanfaatkan prebiotic kerana ia adalah sumber makanan yang baik kepada bakteria. Maksud prebiotic adalah 'sebatian bahan terpilih yang ditapaikan yang mengakibatkan perubahan khusus dalam komposisi dan/atau aktiviti mikrobiota usus, oleh itu dapat memberikan kesan kesihatan yang bermanfaat kepada perumah' (Carlson et al., 2018). Prebiotik adalah proses semulajadi serat yang tidak dicerna yang boleh didapati di dalam pelbagai jenis sumber makanan termasuk akar cikory, pisang, asparagus, leek dan sebagainya. Prebiotik juga mudah didapati secara meluas di dalam beberapa jenis makanan tambahan dalam bentuk serbuk, cecair dan kapsul. Jenis prebiotik termasuklah fruktooligosakarida (FOS), inulin dan galaktoligosakarida (GOS).
Prebiotik juga mengalakkan pertumbuhan microflora usus. Dimana ia membantu dalam memulihkan kompisisi mikroflora usus. Ini mengalakkan penghasilan pemulihan atau pencegahan penyakit kaitan keradangan kronik yang bersangkut paut dengan dysbiosis usus. Proses penapaian prebiotik oleh microbiota usus menghasilkan pembentukan rantaian asid lemak (SCFA), kunci utama kepada kesan kesihatan usus. Penghasilan SCFA juga mengalakkan elisitasi manfaat lain terhadap kesan fisiologi, termasuk potensi sistem imun, pengurangan populasi bakteria patogen usus, meningkatkan penyerapan mineral yang boleh dikaitkan dengan penurunan risiko osteoporosis dan sebagainya. Kajian juga menunjukkan menambahkan prebiotik dapat meringankan gejala keradangan penyakit penghadaman (IBD) dan memperbaiki masalah lain yang berkaitan penghadaman.
Prebiotik apabila digabungkan dengan beberapa bahan lain boleh membentuk kesan sinergi terhadap kesihatan secara menyeluruh. Terutama kesihatan usus. Selain dari membekalkan sumber makanan kepada microbiota usus. Amat disarankan untuk mengambil probiotik tambahan kedalam diet seharian untuk mendapatkan kesan yang baik untuk kesihatan dalam dan luaran.