Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Kami sayangkan anda seperti anda sayangkan diri anda.

Keselamatan
Sains
Kualiti

Formulasi Produk

Produk Ecomins dihasilkan dan diformulasikan oleh beberapa kumpulan pakar , iaitu:

  • Doktor
  • Pakar Pemakanan
  • Pakar Nutrition
  • Pakar Pertanian
  • Golongan Profesional dan Pihak Berkuasa yang berkaitan
Mereka sangat bersinergi dan bekerjasama dalam menghasilkan produk yang berkhasiat dan sangat berkualiti tinggi dan sudah tentu sedap. Pasukan kami sangat berprofesional dan sentiasa memantau setiap proses dari permulaan R&D sehingga ke ujikaji makmal.
“Dari bahan mentah sehingga produk akhir, kami memantau di setiap peringkat bagi memastikan produk akhir kami mematuhi perundangan negara , kesihatan dan keperluan keselamatan. Dengan komitmen yang diberikan, kami telah membangunkan pelbagai produk, termasuk keperluan imun, memperbaiki sendi, kawalan kandungan gula dalam darah, kecantikan kulit dan kesihatan usus dan mungkin pelbagai lagi untuk memenuhi keperluan kesihatan setiap orang dari segala aspek”
Dr Rita, Direktor Pasukan R&D

Proses Pembuatan Kami

Kami sangat tegas dalam mengikuti panduan yang ditentukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bermula dari penghasilan formulasi produk sehingga ke peringkat akhir pembuatan.

Pemilihan Bahan Mentah

Kami hanya bekerjsama dengan pengeluar yang sudah berpengalaman dan bereputasi tinggi untuk mencapai piawai kualiti yang tinggi.

Kebanyakan bahan mentah terpilih dilindungi oleh teknologi paten atau sokongan kajian klinikal untuk memastikan ia tahap keberkesanan dan memastikan bahan yang digunakan selamat dari sebarang bahan logam berat dan mikroorganisma.

Jaminan kualiti

Setiap produk Ecomins tertakluk kepada pengurusan sistem pensijilan bagi kesihatan dan keselamatan produk:

Analisis Bahaya Titik Kawalan Kritikal

Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)

Pensijilan Halal dan lain-lain pensijilan

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Pengilangan (MeSTI)

Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan

Untuk memastikan jaminan kualiti, kami juga memberi sepenuh perhatian bagi penyimpanan produk. Dimana setiap produk akhir disimpan di dalam tempat penyimpanan yang kering, pengudaraan yang baik pada suhu 25°C ini bagi memastikan kesegaran produk terjamin.

Sokongan Profesional

Ecomins sentiasa bersedia untuk membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang produk atau memerlukan lain-lain khidmat nasihat bagi tujuan memperbaiki keadaan kesihatan anda, kami sentiasa bersedia untuk memberi khidmat rundingan.

Pihak khidmat pelanggan kami telah dilatih dan disokong oleh pakar yang bertauliah untuk menyediakan maklumat berkaitan dengan produk atau sebarang nasihat mengenai kesihatan/nutrisi. Anda boleh berbual di aplikasi WhatsApp atau boleh terus email kepada kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Tuntutan

Nutrisi yang lengkap bekerja untuk kesihatan anda, tetapi kami percaya untuk mendapatkan keputusan kesihatan bagi jangka masa yang panjang, ada perkara yang perlu di ambil kira.
  • Pemakanan Yang Seimbang
  • Aktiviti Fizikal
  • Gaya hidup yang sihat
  • Kehidupan sosial yang baik
  • Pengurusan tekanan
Jika anda mengalami simtom yang berterusan, amat digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat Doktor terlebih dahulu. Makanan kesihatan bukan pengganti kepada rawatan perubatan atau diagnosis.

Keselamatan dan Kualiti

Ecomins diasaskan untuk mengalakkan anda mengambil satu langkah kehadapan untuk mendapatkan kesihatan yang baik dengan menggunakan sumber khasiat semula jadi.

Kami menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Jadi anda dan yang tersayang akan lebih mendapat jaminan untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan anda boleh menikmati manfaat sebenar dari nutrisi yang disediakan.

Penemuan ketidakselarasan di dalam ketelusan dan perundangan di dalam pasaran akan lebih menjamin tujuan kami untuk menghasikan produk berkhasiat yang selamat, kualiti tinggi dan sangat berkesan untuk kegunaan semua.

Kami amat menitikberatkan kesihatan dan keselamatan anda dari perkara lain. Sila sertai kami untuk menjalani proses ujian bagi memastikan produk yang anda akan dapat selamat dan berkesan.

Bagaimana Ujian Produk Dijalankan

Anda adalah keutamaan kami. Kami hanya berikan yang terbaik untuk anda. Produk Ecomins akan melalui pelbagai ujian lengkap yang dijalankan oleh pihak ketiga. Menggunakan makmal yang telah diakridetasi dan mengikuti piawai yang ditetapkan diperingkat tempatan dan juga luar negara.

Adakah anda tahu bahawa semua produk kami perlu melalui dua pusingan ujian makmal sebelum sampai kepada anda? Ujian keselamatan yang dijalankan sebelum proses pembuatan dan satu lagi pusingan pada produk akhir.

Produk Ecomins telah menjalani ujian berikut :

  • Kandungan Logam Berat
  • Pencemar Mikrobial
  • Ujian Ketidakhadiran Unsur Khinzir
  • Ujian Ketidakhadiran Kandungan Alcohol
  • Tiada Bahan Ubatan (tiada steroid atau sebarang bahan tambahan sintetik)

Ujian Klinikal Pihak Ketiga

Sebagai rujukan kami menggunakan ujian klinikal pihak ketiga kerana ia tidak terikat dengan Ecomins. Oleh itu keputusan ujian klinikla adalah tepat dan tidak berat sebelah.

Ujian Klinikal pihak ketiga kami mendapat pensijilan yang sah, diiktiraf dalam industri dan mendapat akreditasi yang terbaik. Antara pihak yang kami menjalinkan kerjasama adalah

SGS (Malaysia) Sdn Bhd

Makmal Halvec

 ALS Malaysia

Liabilti Insurans Produk

Ecomins mendapat perlindungan sebanyak RM3 juta di bawah liabiliti insurans produk . Terbukti produk kami selamat digunakan dan menunjukkan kami berusaha memberikan yang terbaik untuk semua.

Analisis Pensijilan

Analisis Pensijilan (dikenali sebagai COA) adalah dokumen yang didaftarkan disetiap penemuan ujian produk.

Pada asasnya ia adalah kad laporan yang meringkaskan semua usaha yang dilakukan untuk mendapatkan bahan mentah dari pengeluar dan pembekal yang bereputasi tinggi.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram