Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Kisah Kami

Perkataan “Eco” bermaksud hubungan dengan alam semula jadi dan “mins” singkatan bagi perkataan minit. Oleh itu setiap minit (masa) dalam kehidupan, kita perlu menghargai kebaikan alam semula jadi.

Diasaskan pada tahun 2018, penubuhan Ecomins di inspirasikan dari kekuatan alam semula jadi. Ia dibina dari tujuan yang murni untuk mengalakkan anda mengambil satu langkah ke hadapan untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik bersumberkan khasiat alam semula jadi.

Mencegah sentiasa lebih baik daripada Mengubati

Kunci bagi memelihara kesihatan berpanjangan adalah perlu sentiasa proaktif. Dalam era yang serba maju, ramai antara kita yang hidup di dalam suasana yang serba pantas, terutamanya di negara Asia. Gaya hidup yang mempunyai banyak persaingan dan penuh dengan tekanan. Kesibukan jadual seharian menyebabkan kita semakin kurang mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mencegah sebarang penyakit. Ada yang tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan, dimana untuk bermula dan apa yang terbaik untuk diri.

Ecomins telah berjaya menemukan jalan penyelesaian untuk membantu lebih ramai orang dikalangan terutama golongan Asia. Dari segi mendapatkan diet yang seimbang dan gaya hidup yang baik untuk membantu mendapatkan tahap kesihatan yang baik.

Matlamat kami untuk membantu anda untuk menjadi lebih sihat dan gembira. Ecomins dicipta untuk menghasilkan makanan kesihatan bermutu tinggi khas untuk anda dengan berteraskan ciri-ciri keselamatan, keberkesanan dan citarasa yang baik.

Diketuai oleh Pasukan Pakar Profesional


“Kami menghasilkan produk berkhasiat yang kami sendiri akan ambil setiap hari. Dan kami sangat sukakan rasanya. Kami sayang anda seperti kami sayang diri kami sendiri” - Pengasas Ecomins

Ecomins sangat berbangga dengan makanan kesihatan yang dihasilkan. Pembangunan produk kami dikendalikan oleh kumpulan R&D yang bertauliah yang diketuai oleh Dr Rita, Pakar Pemakanan Kesihatan yang terkenal di dalam bidang ini untuk memberi jaminan bahawa produk kami selamat, berkesan dan sedap.

Kumpulan pakar yang sangat berkemahiran dan berpengetahuan luas kami, telah mengumpul pelbagai sumber dan menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai isu kesihatan di seluruh dunia terutamanya di Asia. Berikutan terdapatnya kepentingan penjagaan kesihatan, kumpulan penyelidikan kami membangunkan satu formula yang esklusif menggunakan teknologi terkini dan bahan yang terbukti berkesan untuk menangani masalah kesihatan.

Disokong Oleh Penyelidikan dan Sains

Kualiti sesuatu produk itu ditentukan oleh bahan yang digunakan. Kumpulan kami telah memilih dengan teliti bahan yang digunakan. Dan tentunya disokong dengan kajian klinikal. Bagi mencipta formula yang berkesan untuk memenuhi permintaan pelanggan kami. Dedikasi kami sangat tinggi untuk memastikan produk yang dicipta itu terjamin selamat dan berkualiti tinggi.

Kami telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar antarabangsa yang terbaik dan bereputasi tinggi yang akan memenuhi piawai penilaian yang tinggi. Mereka mempunyai sumber untuk mendapatkan teknologi dan kepakaran yang terkini. Seperti kajian klinikal dan perangkaan untuk menyokong kredibiliti setiap perkara.

Kumpulan R&D kami adalah selaras dengan industri penjagaan kesihatan yang semakin berkembang. Dibina melalui anaslisis bahan secara intensif, ujian bahan yang ketat dan kawalan kualiti yang teliti untuk menentukan formula yang paling tepat untuk menghasilkan produk yang terbaik.

Rasa yang sedap adalah sama Penting dengan Keberkesanan

Ecomins mencipta makanan tambahan yang berkesan dan berkualiti tanpa mengabaikan rasa. Jika anda makan makanan yang anda kurang nikmati hanya kerana dikatakan “bagus untuk anda” seperti badan anda tidak akan menyerap banyak nutrien dari makanan tersebut.Oleh itu, Ecomins akan memastikan produk yang terhasil itu berkesan dan sedap untuk dinikmati. Anda akan menikmati keduanya sekali, menyerap nutrien dengan baik dan mendapat segala manfaat dengan sepenuhnya.

Mengapa anda memerlukan produk kesihatan yang sedap:

  • Penyerapan nutrien yang lebih baik
  • Konsisten
  • Menyenangkan dan memuaskan

Apabila anda menikmati apa yang anda makan, anda akan mempunyai rasa kesejahteraan yang lebih baik.

Nilai kami

Komitmen kepada Pelanggan

Memastikan dan komited untuk membantu lebih ramai orang supaya mendapat kesihatan yang baik dan lebih bahagia. Kami meletakkan setiap usaha di dalam penyelidikan dan pembangunan untuk setiap produk yang dihasilkan bagi memastikan anda menikmati kebaikan dalam pemakanan dari bahan semula jadi.

Sentiasa Kembali kepada Alam Semulajadi

Kami sangat yakin bahawa sumber terbaik untuk penyembuhan adalah dari khazanah alam semula jadi. Oleh itu 100% bahan semula jadi digunakan dalam penghasilan produk Ecomins.

Kepuasan Mengikut Citarasa Anda

Kami mencipta lebih 100 versi berbeza bagi setiap produk untuk ujian rasa sebelum memutuskan sesuatu yang kami tahu anda akan nikmati. Produk kami rasa indah dengan sendirinya.

Produk Yang Berkualiti Kualiti

Kualiti sesuatu produk adalah apa yang anda mahukan. Oleh kerana itu kami menggunakan hanya bahan yang telah dipatenkan. Nutrien penting yang terdapat di dalam bahan tersebut di sokong dengan pelbagai kajian klinikal dan terbukti keberkesananya.

Formulasi dan Teknologi Terkini

Bekerjasama dengan para penyelidik di seleuruh dunia dalam memastikan formula yang dihasilkan adalah terbaru dan menggunakan teknologi yang terkini.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram