Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Superoksida Dismutasi: Meningkatkan imuniti dan kecergasan anda

Superoksida dismutasi (SOD) ialah enzim antioksidan badan yang paling berkuasa yang boleh ditemui di dalam dan di luar membran sel. Oleh kerana sifat antioksidannya, SOD boleh mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan, mencegah kerosakan pada tisu kita.

Terdapat banyak kegunaan untuk SOD, termasuk memperbaiki keadaan arthritis, merawat kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan sukan, mencegah kerosakan radikal bebas pada kulit kita, dan banyak lagi.

Mari kita lihat dengan lebih dekat manfaat SOD dan bagaimana ia boleh meningkatkan imuniti dan kesihatan keseluruhan kita.

Sifat antioksidan yang kuat

Radikal bebas ialah molekul yang boleh merosakkan sel dalam badan kita. Apabila bertindakbalas dengan molekul lain, boleh menyebabkan pengoksidaan berlaku—membawa kepada pelbagai isu kesihatan seperti kerosakan kanta mata, keradangan sendi, tekanan darah tinggi dan peningkatan risiko penyakit jantung. Kesan negatif radikal bebas lain ialah mempercepatkan penuaan dan penghasilan kanser.

Untuk mengurangi kesan pengoksidaan, perlu menstabilkan radikal bebas dengan penambahan antioksidan. SOD boleh menjadi pemangkin kepada superoksida,iaitu ia salah satu radikal bebas yang paling berbahaya dan menukarkannya kepada molekul yang lebih kecil dan tidak akan merosakkan sel manusia.

Rawatan penyakit arthritis

Keradangan adalah punca utama terhadap banyak penyakit, termasuk osteoarthritis dan arthritis rheumatoid. Penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara tahap SOD yang rendah dengan peringkat awal osteoarthritis dan arthritis rheumatoid.1

Osteoartritis, bentuk arthritis yang paling biasa. Terjadi apabila rawan pelindung pada sendi menjadi semakin haus akibat daripada penggunaan yang berulang. Rheumatoid arthritis pula adalah penyakit autoimun sistemik yang berlaku apabila sistem imun mula menyerang tisu badan yang sihat.

Keradangan kronik boleh terjadi di Kawasan sendi yang sihat. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan boleh menjejaskan pergerakan seharian. Pesakit arthiritis boleh mengurangkan kesakitan bagi dengan menerima suntikan SOD yang bertindak sebagai agen anti-radang.

Kesan anti-penuaan

The accumulation of oxidative damage caused by free radicals is one of the key mechanisms of ageing. Due to its strong antioxidant properties, SOD can be used to reduce free radical damage to the skin. When used in cosmetics and personal care products, it can reduce wrinkles, fine lines and age spots.

Kesan anti-kanser

Kajian telah menunjukkan peranan penting tekanan oksidatif didalam karsinogenesis, yang boleh membawa kepada permulaan dan perkembangan kanser dalam tubuh badan. Tekanan oksidatif boleh menyebabkan peningkatan mutasi DNA atau mendorong kerosakan DNA, ketidakstabilan genom dan percambahan sel.2 SOD boleh membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan dan dapat membantu mengawal perkembangan kanser.

Mencegah penyakit Alzheimer dan Parkinson

Satu lagi kerosakan tidak dapat dipulihkan yang disebabkan oleh anion superoksida ialah perkembangan penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson. Pesakit yang menghidap penyakit Alzheimer mempunyai tahap enzim antioksidan seperti SOD, katalase, dan glutathione peroksidase yang rendah.2 SOD sangat membantu dalam mencegah kerosakan sel dan tisu pada otak.

Bermanfaat terhadap diabetes

Diabetes boleh menyebabkan hiperglikemia, perkara ini terjadi apabila kenaikan paras gula yang tinggi dalam darah. Hiperglisemia boleh menyebabkan pertahanan antioksidan yang lemah dan mengakibatkan peningkatan tekanan oksidatif. Pengeluaran berlebihan spesies oksigen reaktif (ROS) yang terjadi boleh membawa kepada pengumpulan glukosa dan peningkatan pengeluaran produk akhir glikasi lanjutan (AGEs) yang mempercepatkan proses penuaan dan perkembangan penyakit degeneratif. Diabetes boleh menyebabkan kerosakan serius yang tidak dapat dipulihkan pada saraf dan saluran darah. SOD dapat membantu dalam meningkatkan pertahanan antioksidan badan, mengurangkan ROS, dan mengatasi tekanan oksidatif untuk pencegahan diabetes.

Semakin meningkat usia, kandungan SOD di dalam badan akan berkurangan dan menyebabkan terdedah kepada penyakit berkaitan tekanan oksidatif. Perlu pastikan tahap SOD dalam keadaan sihat kerana ia perlu dalam meningkatkan sistem imun dan memperbaiki tahap kesihatan secara menyeluruhm, terutama sekali dimusim pendemik ini. Antara perkara lain yang boleh menyebabkan SOD rosak adalah suhu badan yang tinggi, bakteria yang berbahaya dan kandungan bahan kimia yang berbahaya di dalam badan.

Asodi mengandungi bahan yang dipatenkan seperti ekstrak tembikai (cantaloupe), ekstrak kelopak ros, ekstrak kacang soya yang ditapai, ekstrak teh hijau, ekstrak kopi hijau, daun barli yang dapat meningkatkan fungsi tubuh badan dan sekaligus dapat memperbaiki sistem imun. Fungsi tertentu termasuk bekalan tambahan SOD, melawan tekanan oksidatif, mengurangkan sindrom metabolisma, mengurangkan AGEs dan banyak lagi.

Minum segelas Asodi setiap hari anda boleh memperbaiki sistem imuniti dan menjaga tahap kesihatan.

Rujukan:

  1. https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0203944
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2990475/

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram