Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Apakah itu Denggi? Bagaimana ingin mengurangkan risiko kematian?

Tentang Denggi

Denggi menyumbang kepada ancaman kesihatan secara global. Hampir 50% populasi dunia berisiko terhadap penyakit denggi. Termasuk negara beriklim tropika dan sub-tropika. Kawasan yang beriklim sederhana (WHO 2020). Demam denggi adalah penyakit bawaan nyamuk, yang dihantar melalui gigtan nyamuk Aedes betina yang dijangkiti virus denggi (DENV). Buat masa ini masih tidak terdapat lagi vaksin yang selamat dan tersedia untuk melawan kesemua 4 DENV serotip.

Demam denggi dan gejala yang terlibat

Apabila dijangkiti DENV, 40-80% dari jumlah kes denggi (ECDC) melibatkan individu yang tidak mengalami sebarang gejala. Kategori yang menunjukkan gejala seperti demam panas, sakit kepala, ruam, sakit sendi dan otot, kesakitan di Kawasan mata, mual dan loya, sengal tulang dan trombositopenia sederhana (kiraan platelet rendah).

Jangkitan denggi dan cara penjagaan

Ketika mendapat jangkitan, DENV menyerang beberapa jenis sel imun yang menganggu organ di dalam badan. Kedua-dua sistem imun semula jadi dan adaptif diaktifkan untuk melawan virus. Se B dari imun adaptif membantu menghasilkan antibody yang tertentu yang dapat mengesan dan meneutralkan partikel asing, menyediakan sistem imun melawan serotiip DENV yang berbeza bagi jangkamasa yang panjang. Denggi itu sendiri mempunyai had masa kesakitan dan biasanya gejala yang dialami akan berkurangan dalam masa 2-7 hari. Perlu mendapatkan rehat yang mencukupi dan sokongan dari sekeliling. Secara amnya, memastikan kandungan air dalam badan mencukupi, mengambil ubatan anti-radang bukan steroid dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan, dan jus daun betik juga dapat membantu dalam meningkatkan kiraan platelet.

Jangkitan sekunder dan penyakit kronik adalah risiko kepada kes denggi yang parah (dari sumber nature.com)

Individu yang mengalami jangkitan sekunder dengan ciri-ciri serotype DENV berpotensi tinggi untuk memburukkan lagi penyakit denggi. Seperti demam denggi berdarah (DHS) dan sindrom kejutan denggi (DSS) yang boleh membawa kepada kematian. Menunjukkan kesan antibodi yang dihasilkan semasa jangkitan pertama boleh memberi kesan dengan meningkatkan jangkitan DENV sekunder dan boleh memburukkan lagi gejala penyakit melalui fenomena yang dinamakan sebagai peningkatan kebergantungan kepada antibodi (ADE). Ketika jangkitan sekunder berlaku, kajian mendapati imuniti terhad sel T adaptif terhadap serotype DENV baru, ini kerana ia tidak berkesan dalam menyingkirkan virus dari badan dan mengeluarkan jumlah sitokin keradang yang tidak terkawal. Kesan dari semua perkara ini boleh menyebabkan tindakbalas keradangan yang serius terhadap kemerosotan sel tisu akibat dari kebocoran vaskular. Ini boleh menyebabkan berlakunya komplikasi denggi yang lebih teruk.

Jangkitan denggi tanpa gejala yang berlaku di negara yang berstatus epidemik berpotensi untuk memburukkan lagi kesan denggi sekunder sehingga boleh menyebabkan kematian. Faktor lain termasuk penyakit kronik sedia ada boleh meningkatkan lagi risiko menyumbangkan kearah kesan denggi yang lebih teruk.

Bagaimana ASODI boleh membantu dalam menyingkirkan dan mengurangkan gejala demam denggi?

Dengan memberikan kesan imunomodulasi dan anti-radang untuk mendapatkan pertahanan imun yang lebih baik
ASODI ialah produk makanan semula jadi yang diperkayakan dengan sumber mikronutrien. Terbukti memberi kesan bahan imunomodulator, anti-radang dan antioksidan. Bahan mikronutrien termasuk polifenol, isoflavon soya (genistein dan daidzein), fukoidan, asid klorogenik (CGA), epigallocatechin gallate (EGCG), superoxide dismutase (SOD), vitamin dan mineral.


Fenol flavonoids yerhasil secara semula bersama kesan antioksidan. isoflavon soya yang lebih dikenali dengan sifat imunomodulator dan anti radang. Kajian juga menunjukkan penghasilan isoflavon soya boleh merendahkan penghasilan keradangan sitokin seperti beberapa jenis sel imun (Masilamani et al., 2012). Selain itu keupayaan untuk mengaktifkan pembunuh semulajadi (NK) aktiviti sel di dalam vitro (Gredel et al., 2008; Zhang et el., 1998) Kajian juga menunjukkan isoflavon soya dan metabolitnya memodulasi fungsi pembunuh semulajadi yang disebabkan oleh sitokin (Mace et al., 2019).


Sifat imunomodulator polisakarida semulajadi, fukoidan, juga diakui secara umum. Kajian menunjukkan fukoidan boleh mengawal keradangan sitokin yang boleh membantu meningkatkan imuniti dan mengurangkan pembebasan keradangan sitokin semasa jangkitan. (Wang et al., 2019).


CGA dari ekstrak kopi hijau dilaporkan menunjukkan kesan anti-radang yang ketara. Dimana salah satu daripadanya menunjukkan ransangan hebat pada rembesan sitokin tertentu semasa berlakunya keadaan tekanan oksidatif (Naveed et al., 2018).

Selain itu, terdapat juga penemuan yang dikumpul menunjukkan aktiviti imunomodulator EGCG yang terdapat dalam teh hijau, dengan menunjukkan kesan modulasi pada tindak balas keradangan dan imuniti semulajadi (Pae et al., 2013). Selain itu, EGCG juga telah menunjukkan kesan perencatan in vitro terhadap 4 serotype DENV (Raekiansyah et al., 2018).


Berdasarkan perkara di atas, ASODI boleh digunakan sebagai makanan tambahan sebagai langkah profilaksis terhadap demam denggi dan dapat memerangi demam denggi semasa peringkat awal dan menghalang pengumpulan berlebihan sitokin keradangan, yang mungkin boleh menyumbang kepada lebih banyak komplikasi penyakit.


Dengan mengurangkan tindak balas keradangan yang dicetuskan oleh tekanan oksidatif ia boleh membantu dalam mengurangkan kemungkinan penyakit kronik


Penyelidikan lanjut telah menunjukkan keradangan mempunyai kaitan rapat dengan banyak gangguan kronik (Zhong et al., 2019) dan ini berpotensi untuk menambah beban dan menyebabkan perubahan kepada fungsi semula jadi sistem imun badan. Sistem imun yang telah diganggu boleh menjejaskan cara tindak balas badan terhadap penyakit yang menghalangi diri seperti DENV dan risiko pembentukan penyebab kepada menjadikan kes denggi lebih teruk.


Polifenol, SOD, CGA, dan EGCG daripada ASODI adalah bahan antioksidan semula jadi yang boleh mengurangkan radikal bebas dan juga dapat mengurangkan tekanan oksidatif. Sekaligus dapat meminimumkan dari berlakunya tindak balas keradangan. Oleh itu, ASODI boleh menjadi pendekatan semula jadi untuk mencegah penyakit kronik, ia juga boleh membantu dalam mengurangkan risiko kepada kes denggi yang teruk.


Dengan menjaga kesihatan secara menyeluruh dapat menjadikan badan lebih sihat


Tambahan pula, satu lagi bahan berfaedah kesihatan yang digunakan dalam ASODI iaitu daun barli, banyak terdapat dalam fitokimia, vitamin penting dan mineral untuk memastikan fungsi fisiologi dalam keadaan normal. Ini bagi memastikan badan anda sihat dan berfungsi dengan baik, serta memastikan kesihatan dijaga sepenuhnya. Terdapat juga bukti menyatakan penyakit dan komplikasi kesihatan tertentu dikaitkan dengan kesan dari kekurangan vitamin dan mineral (Awuci, 2020). Mikronutrien yang terdapat di dalam ASODI boleh membantu dalam memastikan badan berada dalam keadaan yang lebih sihat. Secara tidak langsung mungkin dapat memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap penyakit seperti denggi.

Rujukan:

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram