Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

6 Cara semulajadi untuk mencegah Osteoartritis

Adakah anda merasa sukar untuk melakukan sebarang aktiviti harian seperti memanjat tangga, bangun dari kerusi, atau berjalan? Osteoartritis (OA) adalah salah satu pembunuh senyap manusia. Golongan lebih tua mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoarthritis. Tetapi golongan dewasa yang muda, sihat dan aktif juga boleh mengalami masalah pada sendi juga. 

Hidup dengan osteoarthritis akan mengurangkan untuk menikmati keseronokan hidup kerana jika ingin melakukan perkara mudah pun sudah menyakitkan. Penyakit ini boleh menjejaskan diet, kesihatan mental, kewangan, perhubungan, malah impian dan matlamat hidup.

OA terjadi apabila tulang rawan di sekeliling sendi mulai rosak dan akan menyebabkan sakit dan bengkak secara keseluruhan. Setiap pergerakan anda akan terbatas. Keturunan, jantina dan umur adalah beberapa faktor yang akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat OA. 

Malangnya, tiada penawar untuk penyakit OA. Tetapi anda boleh menguruskan gejala dan sekaligus dapat mengurangkan faktor risiko penyakit. Ini termasuk melakukan bebrapa perubahan gaya hidup bagi memastikan tulang dan sendi anda kekal sihat. 

Kekalkan berat badan yang ideal

Berat badan berlebihan boleh menyebabkan lebih banyak tekanan yang perlu ditampung oleh tulang dan sendi. Lebih cenderung untuk haus dengan cepat dan akan menyebabkan kemerosotan tulang rawan sendi dengan pantas. Jika anda mempunyai lebihan berat badan, berisiko tinggi untuk mendapat OA. 

Jika dengan kehilangan 5% daripada keseluruhan berat badan , ia sangat membantu dalam mengurangkan tekanan pada lutut, pinggul dan bahagian bawah belakang. Menurut kajian, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan apabila mereka kehilangan kira-kira 5kg, 50% risiko penyakit osteoarthritis dapat dikurangkan.1 Berat badan yang ideal sangat membantu dalam mengelakkan penyakit osteoarthritis.

Mengawal gula dalam darah

Penyelidikan menunjukkan bahawa gula dalam darah sangat berkaitan dengan osteoarthritis.2Golongan yang menghidap diabetes jenis 2 sangat berisiko untuk mendapat osteoarthritis. Sangat berkaitan dengan obesiti, malahan paras glukosa yang tinggi juga akan memberi kesan kepada kesihatan tulang dan akan mengalakkan keradangan yang boleh melemahkan tulang rawan. Menguruskan tahap glukosa boleh membantu dalam mengurangkan risiko terhadap OA.

Bersenam setiap hari

Exercising to strengthen your muscles can take the burden off your joints. Spending time daily to do low-impact exercises or isometric moves can greatly improve your joint health, slow down, or even prevent, OA. Other than increasing your muscle and bone strength, daily exercises can also relieve stiffness in your body and also reduce pain and fatigue. Some examples of safe exercises that don’t stress out your joints include bicycling and swimming. 

Elakkan kecederaan pada sendi

Mengalami kecederaan sendi akan meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit OA Ketika meningkat usia. Semasa bersenam, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bentuk badan. Membantu bagi mengelakkan sebarang kecedaraan pada badan. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diikuti:

  • Lakukan pemanasan dan regangan yang betul sebelum sesi senaman
  • Pastikan kaki serata mungkin semasa regangan untuk mengelakkan lutut terkehel
  • Pakai kasut yang sesuai dapat memberikan penyerapan dan kestabilan hentakan
  • Semasa melompat, hendaklah mendarat dengan lutut yang dibengkokkan
  • Sejukkan badan terlebih dahulu selepas bersenam

Rehat

Walaupun bersenam itu dapat membantu membina sendi dan otot yang sihat, ia juga boleh meningkatkan risiko OA. Boleh terjadi jika anda menggunakan sendi secara berlebihan. Adalah penting bagi memberi otot masa untuk pulih dan sembuh. Jika anda terus bersenam didalam keadaan yang sakit, kemungkinan akan mencederakan lagi sendi dan tulang. Kecederaan sendi boleh meningkatkan risiko mendapat OA. Dapatkan rehat yang secukupnya apabila sendi dan tulang membengkak atau sakit. 

Makan dengan betul dan sihat

Pesakit OA akan mengalami keradangan dalam badan. Makanan yang bersifat anti-radang sangat membantu dalam melegakan symptom. Perhatikan juga makanan yang boleh menyumbang kepada keradangan yang lebih serius. Jika anda ingin mencegah dari OA, cuba mengelakkan makanan yang akan mengalakkan keradangan seperti contoh makanan yang mengandungi gula berlebihan, lemak tepu, dan karbohidrat ringkas. 

Amalkan makanan boleh mengurangkan risiko OA. Seperti . Curcumin, bersifat anti-radang dan antioksidan. Sangat berkesan dalam menyekat keradangan dan kesakitan sendi. Kajian menunjukkan bahawa curcumin adalah lebih berkesan daripada ubat anti-radang dan boleh membantu merawat arthritis.3

NeeFlex ialah makanan kesihatan yang berkesan dan sangat mudah. Neeflex mampu berfungsi dalam meningkatkan kesihatan secara umum dan mampu untuk membantu mengurangkan kesakitan. Ia mengandungi:

  • Curcumin yang dipatenkan khas dengan 95% bahan aktif
  • Piperin (lada hitam) yang dipatenkan bagi boleh membantu dalam meningkatkan kadar penyerapan curcumin sebanyak 20 kali ganda
  • Kolagen terhidrolisis yang dipatenkan untuk membantu menjana semula tulang rawan
  • Dan bahan-bahan lain seperti moringa, cat’s claw, vitamin C dan yis diperkaya zink

NeeFlex bukan sahaja jawapan yang diperlukan untuk kesihatan sendi dan mengawal keradangan, tetapi ia bertindak sebagai jalan penyelesaian bagi membina semula tulang rawan dan membolehkan melakukan pergerakan tanpa rasa sakit. Lindungi diri dan dapatkan hidup yang berkualiti. Dapatkan maklumat lanjut mengenai Neeflex. Neeflex.

Rujukan

  1. https://www.webmd.com/osteoarthritis/osteoarthritis-prevention-1
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4254543/
  3. https://www.healthline.com/health-news/turmeric-may-be-as-effective-as-ibuprofen-for-relieving-arthritic-knee-pain-emb-2pm

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram