Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

9 Tanda Usus tidak sihat dan bagaimana cara untuk merawat

Adakah anda tahu,usus sangat memainkan peranan penting dalam kesihatan secara menyeluruh. Dari sistem imun kepada penghadaman dan juga berkaitan dengan otak!

Trilion bakteria, kulat, yis dan virus yang baik hidup dalam usus dan membentuk flora usus yang unik. Apabila mikroorganisma ini berada dalam keseimbangan, badan anda juga akan dapat berfungsi dengan baik, termasuk membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses penghadaman, menghasilkan vitamin, menguruskan tahap hormon, dan membantu mengingkirkan toksin dari dalam badan. Walau bagaimanapun, apabila keadaan menjadi kacau dan lebih banyak bakteria jahat akan berada dalam sistem, usus akan menjadi tidak sihat. Usus yang tidak sihat boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. Boleh menyebabkan penyakit kronik seperti sakit radang usus, diabetes, penyakit hati, obesiti, penyakit jantung dan kemungkinan kanser.1 

Adakah anda mudah berasa kembung perut selepas menikmati makanan? Jika ianya kerap berlaku, berkemungkinan anda mengalami usus yang tidak sihat. Berikut adalah 9 petanda yang menunjukkan usus anda tidak sihat dan anda perlu mula mengambil Tindakan yang betul.

Kenaikan dan penurunan berat badan yang tidak terkawal

Jika anda mengalami masalah kenaikan atau penurunan berat badan yang tidak terkawal tanpa sebarang perubahan diet dan senaman. Berkemungkinan besar bahawa anda mengalami usus yang tidak sihat. Apabila usus menjadi tidak sihat, badan tidak dapat menyerap nutrien dengan betul dan tidak mengawal gula dalam darah semasa penyimpanan lemak dalam badan. Dan mungkin mempunyai keinginan untuk makan secara berlebihan, yang akhirnya boleh membawa kepada penambahan berat badan. 

Kembung Perut

Walaupun gas adalah perkara biasa dalam proses pencernaan dan penguraian didalam badan. Akan terdapat beberapa jenis bakteria yang boleh membawa kepada penguraian yang lebih besar—ini akan menghasilkan gas yang berlebihan dalam sistem badan. Menyebabkan mudah kembung perut dan tidak selesa dan kadangkala menyebabkan kesakitan.

Cirit-birit

Bakteria tertentu didalam usus, seperti Clostridiodes difficile, boleh menyebabkan cirit-birit jika ia dibiarkan membiak. Ini mempunyai kesan tangkapan-22 pada kesihatan usus kerana cirit-birit yang teruk boleh memburukkan lagi kesihatan usus. Bakteria baik akan terkeluar dari usus dan boleh menyebabkan lebih banyak ketidakseimbangan usus.

Sembelit

Jika anda menghadapi masalah untuk membuang, berkemungkinan mempunyai kandungan bakteria usus yang rendah. Bakteria di dalam usus adalah penting untuk proses penghadaman. Sembelit boleh berlaku jika ianya berkurangan. Bagi sesetengah individu, mungkin mempunyai tahap bakteria tertentu yang lebih rendah dalam usus dan menyebabkan sembelit. 

Mengidam Manisan

Kerepek kentang, gula-gula, pencuci mulut dan banyak lagi mungkin sukar untuk ditolak. Keadaan usus akan menjadi lebih teruk jika memakan banyak makanan yang diproses dan gula ringkas. Dua sumber makanan ini akan mengurangkan bilangan bakteria baik didalam usus anda. Secara tidak langsung , akan menyebabkan ketagihan manisan dan boleh memburukkan lagi keadaan usus. 

Tekanan emosi

Apabila usus anda tidak sihat, mungkin terdapat kesan sampingan yang tidak kelihatan dan tanpa disedari. Apabila terdapat ketidakseimbangan dalam usus, ini boleh menjejaskan keseimbangan hormon dan merosakkan kesihatan mental -yang boleh mendorong kepada peningkatan tekanan emosi, kebimbangan, dan juga perubahan mood yang tidak menentu. 

Tidur

Adakah anda mengalami kesukaran untuk tidur atau menghadapi kesukaran dalam mendapatkan tidur yang berkualiti? Serotonin adalah hormon yang bertanggungjawab untuk meransang esmosi dan perassan anda. Ianya dihasilkan dari usus. Oleh itu, usus tidak sihat boleh menyebabkan mengalami masalah tidur. Tidak mendapat tidur yang mencukupi juga boleh menjejaskan kesihatan dan mood dalam jangka masa panjang. Pelbagai masalah boleh berlaku jika ianya tidak dirawat. 

Iritasi kulit

Sesetengah masalah kulit berkait rapat dengan usus, seperti ekzema, jerawat, rosacea dan psoriasis. Sebagai contoh, keradangan dalam usus boleh menyebabkan protein tertentu "bocor" dan meresap terus kedalam badan dan ia menjadi punca kepada ekzema. 

Nafas Berbau

Adakah nafas anda masih berbau walaupun selepas memberus gigi? Isu ini mungkin disebabkan oleh usus yang tidak sihat. Jenis bakteria H. pylori bole berkembang dalam perut dan menyebabkan nafas berbau busuk. Bakteria ini juga merupakan punca kepada ulser perut. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan yang sukat untuk dipulihkan. 

Anda boleh mengambil makanan tertentu, seperti prebiotik dan probiotik, bagi membantu dalam meningkatkan kesihatan usus. Atau, mungking hanya dengan meminum segelas BEAUTOX dapat memberi kelegaan kepada masalah sembelit dan detoksifikasi usus—secara tidak langsung akan merawat kulit dan membantu dalam menghilangkan nafas berbau. 

BEAUTOXadalah campuran proprietari terdiri daripada 16 jenis enzim komprehensif yang dipatenkan, 1 bilion probiotik aktif yang dipatenkan, prebiotik, 22 jenis ekstrak sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipatenkan, serat larut air dan ekstrak herba bagi membantu memperbaiki masalah pencernaan, mengurangkan perut kembung, meningkatkan penyerapan nutrien, dan juga menguatkan imuniti anda. Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang BEAUTOX.

  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4425030/

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram