Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Proses penuaan: Apa yang diharapkan dan bagaimana untuk menjadikannya lebih mudah

Penuaan adalah satu proses yang tidak boleh dielakkan.

Apabila kita semakin meningkat usia, adalah masa yang terbaik untuk memulakan kehidupan yang berkualiti dan keseronokan kehidupan. Walaubagaimanapun, prestasi badan akan mula berkurangan dan menunjukkan tanda-tanda penuaan seiring dengan peningkatan usia. Mulakan dengan perubahan kecil dalam kehidupan. Antara tanda-tanda awal mungkin mendapati diri anda mengalami kekejangan perut selepas mengambil ais krim atau sakit di lutut apabila menaiki tangga.

Segala perubahan ini jika tidak dirawat, ia boleh menjejaskan kegiatan seharian anda. Apabila sudah mengetahui apa yang akan mungkin terjadi, anda boleh bersedia dari sekarang.

Arthritis

Keradangan pada bahagian sendi sangat ketara didapati dikalangan dewasa yang berumur 65 tahun ke atas. Tetapi mungkin juga boleh terjadi kepada golongan muda. 1Gejala biasa bagi penyakit arthritis termasuk kesakitan pada sendi, kekejangan dan pembengkakan. Gejala-gejala ini boleh menyebabkan kualiti hidup terjejas dan pengurangan daya pergerakan. Kebanyakan pesakit juga menyedari gejala arthritis akan semakin teruk berlaku diiwaktu pagi. Dalam kes arthritis rheumatoid, kecacatan sendi boleh berlaku jika tidak dirawat.

Sakit Jantung

Plak terjadi kerana mendapan kolestrol, lemak tepu, bahan buangan selular, kalsium dan fibrin yang telah terjadi pada jangkamasa yang lama di arteri. Apabila ianya berlaku, dinding di dalam vessel darah akan menebal dan ini akan menyukarkan nutrisi penting dan oksigen untuk dihantar kejantung dengan lebih lancar, Jantung tersumbat boleh menyebabkan serangan jantung atau strok boleh terjadi.

Risiko sakit jantung akan meningkat apabila kita semakin berusia. Bagi Wanita pada usia 55 tahun dan untuk lelaki 45 tahun. Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah kunci utama dalam mengelakkan dari berlakunya serangan jantung.

Osteoporosis

Osteoporosis adalah keadaan dimana penyebab kehilangan kekuatan dan ketumpatan tulang berlaku dan biasanya berlaku mengikut peningkatan usia. Terutama sekali bagi golongan Wanita yang kehilangan hormone estrogen. Jika menghidap osteoporosis, pesakit akan mudah terdedah dengan masalah keretakan dan mungkin mudah berlaku kepatahan tulang. Dan ini mungkin terjadi walaupun hanya dengan melakukan rutin harian seperti berjalan dan berdiri.2 peringkat awal penyakit osteoporosis ini, pesakit tidak mengalami sebarang gejala yang ketara. Setiap dari kita mustahil dapat menhentikan proses penuaan pada diri sendiri. Tetapi ad acara dan jalan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit osteoporosis. Iaitu mulakan dengan mengawal diet hariana anda.

Penyakit Alzheimer

Susunan memori otak yang tidak teratur dan tidak progresif ini adalah penyebab utama demensia yang biasa berlaku di kalangan orang dewasa yang lebih berusia. Penghidap penyakit Alzheimer akan mengalami kemerosotan secara berterusan dalam kemahiran berfikir, tingkah laku dan hubungan sosial. Pesakit akan mudah melupakan maklumat yang baru diperolehi, kerap bertanya soalan yang sama, dan mudah mengalami kekeliruan mengenai masa dan tempat. Akhirnya, menyebabkan pesakit akan kehilangan upaya untuk menjalankan tugas harian yang mudah.

Kencing Manis

Menurut kajian yang dijalankan oleh Kesatuan Diabetes Antarabangsa, terdapat peningkatan kes pesakit diabetis dikalangan dewasa. Sebanyak 3 kali ganda semenjak 20 tahun yang lepas. Diabetis jenis 2 adalah paling kerap berlaku, kebanyakkannya berpunca dari gaya hidup yang kurang sihat dan bukan sahaja berlaku dikalangan dewasa tetapi golongan muda pun tidak terkecuali. Diabetis berlaku apabila pancreas tidak lagi boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk melancarkan peredaran darah. Jika ia berlarutan boleh merosakkan saraf dan vessel darah. Sebanyak 1.5 juta kematian yang dilaporkan akibat diabetis.3 Untuk memastikan penyakit diabetis ini boleh dikawal, pesakit perlu sentiasa memeriksa diet pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal selain dari bergantung kepada perubatan.

Kanser

Salah satu risiko utama yang menyebabkan kanser adalah lanjut usia. Pada tahun 2017, sebanyak 46% pesakit yang meninggal akibat kanser adalah kalangan yang berumur 70 tahun dan keatas.4 Kanser terjadi apabila sel dibahagikan tanpa kawalan dan merebak ke tisu yang berhampiran. Bagi sesetengah individu, kanser diwarisi dari mutase genetik. Dan ada juga yang disebabkan dari factor persekitaran dan tingkahlaku tertentu.

Gaya hidup yang sihat, mengandungi nutrisi yang seimbang dan fizikal yang kekal aktif sangat membantu dalam mengelakkan penyakit tertentu. Kaedah alternatif yang terbaik adalah dengan mengambil makanan yang mempunyai manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh badan.

Produk makanan kesihatan seperti Neeflex dan Asodi dapat memudahkan untuk mendapatkan nutrien tambahan yang di perlukan bagi memastikan badan kita kekal sihat. Jika anda ingin mengurangkan keradangan, mencegah sakit sendi dan mendapatkan semula fleksibiliti dan mobiliti anda, NeeFlex sesuai untuk kerana ia mengandungi bahan seperti curcumin, lada hitam (piperine), moringa kolagen terhidrolisis, vitamin C dan banyak lagi. Jika anda ingin mengembalikan keremajaan dan kecergasan anda, Asodi mengandungi bahan antioksida yang kuat dapat meneutralkan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.

Jaga kesihatan anda dari sekarang sebelum ia terlambat.

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/health/arthritis
  2. https://www.healthline.com/health/osteoporosis
  3. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/diabetes
  4. https://ourworldindata.org/cancer#cancer-deaths-by-age

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram