Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Kesihatan Usus: Bagaimana untuk kekal sihat dan meningkatkan proses penghadaman

Pandemik diperingkat global telah mengubah gaya hidup semua dalam pelbagai aspek—telah mengubah keadaan persekitaran di tempat kerja, rutin harian semua orang, sehingga perlu mengawal perhimpunan sosial dan melakukan pengasingan bagi tempoh tertentu. Semua perubahan ini telah menjadi factor kepada tahap kesihatan mental dan fizikalsetiap orang—ada perkara yang telah memberi kesan kepada kesihatan secara umum dan tanpa kita sedari. Salah satu bahagian dalaman badan yang mungkin terjejas adalah usus. 

Tempoh penutupan yang berlarutan dan kerap berulang, penggunaan pembersihan tangan yang berterusan, membawa kepada perubahan emosi dan diet harian, secara tidak langsung ia telah menjejaskan kesihatan usus. Mikrobiom usus ialah sistem kompleks yang mempunyai 100 juta hingga 100 trilion mikroorganisma. Setiap daripadanya memainkan peranan penting untuk memastikan sistem imun dan metabolik kekal sihat.1 

Berikut adalah 5 cara bagi memastikan proses penghadaman sentiasa sihat, sekaligus dapat memperbaiki kesihatan fizikal dan mental di masa pandemik. 

Mengurangkan tekanan dengan penjagaan diri

Perasaan tertekan boleh menjejaskan kesihatan badan - menjadi mudah terganggu atau terliba ke dalam fasa kemurungan. Sangat penting dengan mulakan langkah kecil secara aktif bagi menjaga kesihatan diri. Ia mungkin menjadi mudah dengan mendengar muzik, melakukan regangan, bermeditasi, menonton komedi, meresap minyak pati atau menjalani rutin penjagaan kulit sebelum tidur. Bagi sesetengah daripada kita, mungkin sukar untuk melakukan penjagaan diri. Walau bagaimanapun, penjagaan diri tidak kira dalam apa jua bentuk. Asalkan anda secara sedar membantu dalam mengosongkan fikiran dan berehat. Mulakan perkara yang mudah seperti mengambil rehat dalam masa 5 minit bagi setiap jam bagi melakukan rengangan badan dan mungkin dengan hanya merenung keluar tingkap. 

Mendapatkan tidur yang cukup

Melakukan pengantian dan pengumpulan waktu tidur boleh menjejaskan kualiti tidur anda. Ketika berlaku perintah kawalan pergerakan, banyak perkara yang boleh dilakukan disiang hari. Seperti bekerja dari rumah, memasak, masa berkualiti bersama anak, membeli barangan keperluan, melakukan kerja rumah dan banyak lagi. Tetapi jika hanya menggantikan waktu tidur di siang hari, bangun lambat dan masuk tidur lewat boleh mengakibatkan kita mendapat masalah tidur yang serius. Boleh mendatangkan impak negatif kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi. Jika menetapkan tabiat tidur yang baik seperti menetapkan waktu tidur diwaktu malam, mengelakkan pengambilan kafien dilewat petang, menghadkan penggunaan gajet sebelum tidur, dan melakukan regangan, ia boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. 

Minum air yang cukup dan kekal terhidrasi

Badan memerlukan air yang mencukupi untuk memastikan fungsi utama di dalam badan kekal baik. Seperti pengawalan suhu dalam badan, mengawal tekanan darah, mengeluarkan sisa dari badan, mengelakkan kerosakan buah pinggang, dan mencerna makanan untuk mendapatkan penyerapan nutrisi yang baik. Kandungan air sangat diperlukan dalam setiap proses penghadaman. Air liur membantu dalam melembutkan makanan bagi memudahkan untuk mengunyah dan menelan makanan. Kemudian ia akan dihantar ke bahagian perut. Jus gastrik mengandungi enzim yang akan menguraikan protein dan meleraikan karbohidrat. Selepas segala nutrisi sudah diserap, lebihan makanan tersebut akan dihantar ke usus, di sini sangat memerlukan air untuk melancarkan pergerakan usus. Minum air dengn cukup sangat penting bagi penjagaan kesihatan usus dan mengekalkan kelancaran usus.

Semak intoleransi makanan

Jika anda mengalami kekejangan, kembung perut, cirit-birit, sakit perut, refluks asid, loya, ruam, atau keletihan, anda mungkin mengalami intoleransi makanan. Terdapat beberapa makanan biasa yang boleh menjadi pencetus kepada intoleransi, termasuk kekacang, kubis, buah sitrus, susu, bijirin, dan daging yang diproses. Mulakan dengan menghindari jenis makanan ini bagi melihat sama ada gejala bertambah baik atau tidak. Mengenal pasti makanan yang tidak bertindak balas boleh membantu meningkatkan kesihatan pencernaan anda. 

Mengambil makanan kesihatan seperti Beautox

Mempunyai kandungan diet yang seimbang, tidak perlu risau lagi. Kandungan penting untuk kesihatan umum. Dengan Beautox anda boleh mendapatkan kesihatan usus secara optimum.

Campuran proprietari unik enzim, probiotik yang dipatenkan, prebiotik, ekstrak sayur-sayuran dan buah-buahan, serat larut air dan ekstrak herba sangat membantu dalam:

✔️Memperbaiki proses penghadaman✔️ Menguatkan ketahanan imun
✔️ Mengurangkan angin dalam badan✔️ Meningkatkan kadar metabolisme sel
✔️ Meningkatkan penyerapan nutrisi✔️ Meningkatkan kapasiti antioksidan
✔️ Menurunkan paras kolesterol✔️ Mengawal paras gula dalam darah

Campurkan Beautox ke dalam 200ml air suhu bilik dan segera untuk meminumnya. Nikmati kesegaran dan rasa jus nanas sebenar. Sangat disarankan untuk mengambil sekali sehari kerana BEAUTOX kaya dengan serat mudah larut. Dan pastikan anda minum sekurangnya 2 liter air untuk memastikan kekal terhidrat dan mengalakkan kelancaran pergerakan usus.

Rujukan

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3426293/

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram