Apabila berbicara mengenai kesihatan, tiada perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Walaupun kita sangat menjaga kesihatan , mesti akan terdapat berberapa isu yang berlaku tanpa kita sedari.
Apakah Sindrom Metabolisma?
Sindrom metabolisma adalah 5 keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan individu tersebut berisiko untuk mengalami masalah jantung, strok, diabetis dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang berkait rapat dengan pemendapan di dinding arteri.
Ia boleh didiagnos apabila seseorang mempunyai tiga atau lebih antara faktor risiko berikut1:
Sindrom metabolisma berkait rapat dengan lebih berat badan, obesity, tidak bergerak aktif, rintangan insulin, factor genetic dan peningkatan usia.
Untuk mengurangkan risiko dan mengelakkan sindrom metabolisma, anda perlu mengubah ke gaya hidup yang lebih sihat. Selain dari melakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktivit fizikal setiap hari, perlu juga mengekalkan berat badan yang sihat, tidak merokok dan kurangkan pengambilan alcohol. Dan yang paling penting perlu mengamalkan diet yang seimbang.
而在均衡饮食中,一定要 尽量避开以下食物 ,以免导致代谢综合症恶化:
Makanan tinggi lemak trans
Lemak trans adalah bahan yang paling kerap ditambah dalam pemprosesan makanan. Boleh membantu makanan tersebut bertahan lebih lama. Sebenarnya, lemak trans boleh menyebabkan peningkatan tahap kolestrol dan juga meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari. Untuk mengurangkan risiko tersebut, anda perlu mengurangkan makanan yang diproses seperti makanan segera beku, marjerin, kerepek kentang, pizza beku, pelembut sayuran, adunan kek segera, dan makanan sejuk beku.
Makanan Manis
Gula dikaitkan secara langsung terhadapat pelbagai masalah kesihatan. Termasuk peningkatan berat badan, peningkatan risiko jantung, diabetis tahap 2, risiko kanser, tekanan perasaan, mempercepatkan proses penuaan, hati yang berlemak dan banyak lagi. Anda perlu mengawal pengambilan makanan manisan, kepingan coklat, roti putih, nasi putih, kerepek kentang, biskut, jus buah dan minuman bergula.
Makanan tinggi kandungan natrium
Memakan makanan tinggi natrium boleh membantu dalam meningkatkan masalah tekanan darah tinggi. Seperti sedia maklum jika mengambil makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh merisikokan kesihatan. Tetapi terdapat juga makanan yang tidak bergaram tetapi mengandungi kandungan natrium yang tinggi. Jenis makanan tersebut adalah seperti daging salai, sayur dalam tin, sos pasta dalam bungkusan, keju, sup dalam tin, mee segera, bijiran dalam kotak dan pelbagai lagi.
Walauapapun, jangan risau. Masih terdapat makana yang boleh membantu dalam mengawal sindrom metabolisma dan dapat mengurangkan masalah kandungan gula dalam darah, trigliserida dan tekanan darah.
Asid lemak Omega-3
Kebanyakkan lemak dari ikan atau minyak berasaskan tumbuhan mengandungi asid lemak omega-3. Dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan trigliserida, melambatkan pembentukan plag di arteri, mengurangkan serangan jantung dan strok.2 Anda boleh memperolehi asid lemak omega-3 dari ikan salmon, ikan tenggiri, ikan sardine dan ikan tuna. Jika anda bukan penggemar ikan, anda boleh mendapatkan makanan tambahan minyak ikan.
Makanan tinggi serat
Serat bukan hanya boleh membantu dalam menyeimbangkan kandungan gula dalam darah, ia juga mampu mengurangkan ketumpatan lipoprotein, yang lebih dikenali sebagai kolestrol jahat. Sesetengah makanan juga mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah, sayur, kekacang dan bijirin penuh. Mengamalkan bijirin penuh berbanding bijirin ringkas adalah lebih bagus. Kerana badan akan menyerap dengan perlahan dan tidak akan mengakibatkan peningkatan penghasilan insulin secara mendadak.
Potasium
Kajian menunjukkan lebih banyak potassium yang diambil, lebih banyak natrium yang akan disingkirkan melalui urin.3 Ia dapat membantu dalam merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko sindrom metabolisma dan kegemukan. Antara makanan yang mengandungi kandungan potassium yang tinggi adalah pisang, kurma, oren, tembikai (cantaloupe), kacang edamame, dhal, cendawan dan yogurt. Ini adalah makanan yang mudah dan ringkas untuk ditambah didalam diet harian.
Ambil ASODI sekurang sekali bagi setiap hari dapat membantu dalam mengawal sindrom metabolisma. ASODI juga mengandungi bahan yang ditapai seperti ekstrak kacang soya dan ekstrak kelopak ros. Cara untuk mengambil ASODI ialah dengan mengambil dan makan terus atau campurkan kedalam 200-250ml air suhu bilik. ASODI dapat membantu dalam :
Perkara paling utama, ASODI dapat memperbaiki sistem imun dan ketahanan badan dengan kesan anti radang dan antioksidan yang kuat.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut!