Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Tidak semua yang tinggi adalah terbaik- Indeks Glisemik , berprofil rendah tetapi penting (Bahagian 1)

Kita menikmati makanan bersumberkan karbohidrat setiap hari. Kebanyakan sudah maklum bahawa karbohidrat adalah sumber utama tenaga yang diperlukan bagi melakukan aktiviti setiap hari. Adakah anda mengetahui ap aitu Indeks Glisemik (GI)? Tidak semua mengetahui indeks glisemik adalah panduan penting dalam memilih jenis karbohidrat yang sesuai bagi kesihatan pada jangkamasa yang panjang. Seperti tahap kekayan individu tersebut, begitu juga tahap karbohidrat- indeks glisemik (GI). Tahap ini lebih dikenali sebagai kadar GI dari 0 sehingga 100. Menentukan seberapa pantas atau selama mana masa yang diperlukan untuk karbohidrat menentukan tahap gula di dalam darah.

Semakin tinggi kadar GI, semakin pantas tahap gula dalam darah meningkat. Carta dibawah menunjukkan kategori GI, kadar GI dan contoh makanan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 2015. https://www.myhealth.gov.my/en/glycaemic-index-and-glycaemic-load/

Walaubagaimanapun, kadar GI tidak ditunjukkan pada label makanan. Jadi bagaimana dalam menentukan kadar GI makanan tersebut? Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh ikuti:

  1. Anda boleh cuba mengingati carta diatas.
  2. Anda boleh memuat turun dan menyimpan carta tersebut di dalam telefon pintar anda, dan mudah dirujuk ketika membeli barangan keperluan dapur.
  3. Anda boleh mencetak carta ini dan menampal di selonsong telefon atau disimpan di dalam dompet. Dengan itu anda mudah untuk merujuk pada bila-bila diperlukan.
  4. Anda boleh menambah lebih banyak makanan yang kaya dengan serat, kerana ia semestinya mengandungi kandungan GI yang lebih rendah.  

Kesimpulanya, indeks glisemik bukanlah jenis lebih tinggi lebih bagus. Walaupun kesedaran berkaitan memilih makanan berpandukan kadar GI masih rendah, tidak dinafikan lagi bahawa GI sangat penting dalam kesihatan kita. Akan bersambung…

Rujukan:
Ministry of Health, Malaysia. https://www.myhealth.gov.my/en/glycaemic-index-and-glycaemic-load/

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram