Gula termasuk gula minuman, pemanis, madu dan jus buah dan diekstrak, halus dan ditambah kedalam makanan dan minuman bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap. Hidup akan menjadi hambar tanpa Gula! Karbohidrat ringkas dan kompleks adalah terhasil dari molekul gula yang dipecahkan menjadi glukosa. Digunakan setiap sel didalam badan bagi menghasilkan tenaga dan makanan kepada otak.
Glikasi adalah proses dimana gula mengikat antara satu sama lain dengan molekul seperti protein, lemak dan juga DNA tanpa melibatkan sebarang reaksi enzim. Proses ini akan menyebabkan molekul menjadi keras dan tidak mudah diolah.
Seperti semua sedia maklum, penuaan adalah kehilangan progresif keberkesanan proses biokimia dan fisiologi dalam badan secara perlahan-lahan. Akan terus berlaku sehingga akhir hayat.
Apabila kerap memakan makanan yang mengandungi tinggi kandungan gula, badan akan cenderung untuk tidak menguraikan gula dengan betul. Ini akan menyebabkan gejala awal diabetik dan pesakit diabetik menjadi lebih teruk.
Menurut Kim et al, (2017), apabila terjadi glikasi di dalam badan, terdapat protein yang akan menganggu struktur kolagen pada kulit, vessel darah dan tendon. Boleh menyebabkan kehilangan fungsi dan daya kelenturan. Bukan itu sahaja, berita yang menakutkan, proses glikasi akan membentuk produk akhir yang dipanggil sebagai AGEs- produk akhir glikasi lanjutan. Yang menjadi punca terbentuk radikal bebas, tekanan oksidatif dan keradangan. Semua perkara ini berkait rapat dengan proses PENUAAN!
Gula dan karbohidrat ringkas boleh menyebabkan hormone insulin menjadi tidak teratur. Dimana ia boleh menyebabkan peningkatan tahap testosterone dan menyumbang kepada masalah jerawat. Kata lain, boleh mengalakkan penghasilan sebu, liang pori tersumbat dengan mudah dan berlaku keradangan.
Kita juga sudah faham mengenai fakta yang akan terjadi apabila kolagen tidak seimbang boleh menyebabkan kulit mudah kendur dan akan menyebabkan kedutan. Selain itu, gula yang kita makan secara berlebihan juga akan menjadi agen dehidrasi yang kuat. Bukan sahaja meningkatkan pengeluaran sebum tetapi juga mengurangkan ikatan air. Ini akan menyebabkan kulit mudah berkedut, kehilangan keanjalan, kelonggaran dan tekstur kuli kasar. Tidak ketinggalan lingakaran gelap bawah mata dan sekeliling mata dan juga bitnik penuaan akan kelihatan!
1. Makan lebih banyak makanan sihat dan mempunyai sumber antioksidan yang tinggi- Fitokimia dan pemakanan semulajadi adalah lebih baik berbanding ubat-ubatan. Jauh lebih murah. Paling banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran, serta makanan lain termasuk kacang, bijirin penuh dan sesetengah jenis daging, ayam dan ikan. Sumber antioksidan khusus yang baik termasuk sebatian allium sulfur– daun bawang, bawang merah dan bawang putih; antosianin – terung, anggur dan beri. Beberapa jenis herba perubatan, tumbuhan pemakanan dan fitokomponen boleh menghalang proses glikasi protein. Produk semulajadi mempunyai kandungan Kapasiti antioksidan yang tinggi boleh menjadi agen anti glikasi dan anti pembentukan AGE. Aktiviti anti-AGE mungkin boleh dikatakan sebagai salah satu mekanisme tindakan bermanfaat terhadap kesihatan!
2. Kurangkan pengambilan gula - pantau jumlah gula yang diambil adalah perkara utama dalam menjalani gaya hidup sihat. Mulakan dengan mengurangkan minuman manis dari gula dan memilih lebih banyak air kosong. Mengikuti diet rendah GI (kami akan memperkenalkan " Apa diet GI Rendah" dalam artikel seterusnya) boleh menjadi sangat bermanfaat bagi kulit kita. Mengawal diet pemakanan dengan mengawal paras gula dalam darah adalah penting bagi mengelakkan glikasi.
3. Dapatkan tidur yang berkualiti- Kurang tidur juga boleh menjejaskan kepekaan insulin dan toleransi glukosa yang menyebabkan glikasi lebih mudah berlaku. Tidur malam yang berkualiti adalah sama penting seiring dengan senaman yang kerap dan diet yang sihat. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam tidur setiap hari.
4. Bebas tekanan- Tekanan boleh meningkatkan penjanaan semula radikal bebas dan tekanan oksidatif di seluruh badan. Merupakan faktor utama apabila berkaitan dengan proses penuaan. Tekanan boleh menyebabkan peningkatan tahap kortisol, dimana ia boleh menjejaskan kolagen.
5. Lakukan aktiviti fizikal- apabila melakukan senaman yang ringkas seperti berjalan boleh membuatkan jantung bergerak lebih cepat dan bernafas lebih keras. Otot akan menggunakan lebih glukosa, gula yang terdapat di saluran darah. Secara tidak langsung akan membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Boleh membantu insulin bekerja dengan lebih baik. Hasilnya, penurunan secara sederhana dalam glikasi dan membantu dalam meningkatkan saiz otot dengan lebih ketara!