Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Apakah manfaat kesihatan yang terdapat pada kunyit dan kurkumin?

Perlu mengambil masa yang lama untuk bangun di pagi hari. Ini kerana ketika otot berada dalam keadaan tertekan, tulang yang berbunyi dan tidak boleh memijak lantai. Kesakitan pada sendi dan kelesuan kerap berlaku ketika semakin meningkat usia. Ada yang mengalami kesakitan ini ketika diawal usia 30 tahun. Akibat dari aktiviti dan gaya hidup yang dilalui seperti postur belakang badan, kurang bersenam dan gaya pemakanan yang tidak teratur.

Kebanyakkan dari kita akan mengalami kesukaran ketika melakukan aktiviti harian yang mudah. Seperti menaiki tangga, melakukan kerja rumah dan bermain bersama anak-anak sudah menjadi semakin sukar. Menyertai sukan atau sentiasa bersenam untuk mendapatkan kehidupan yang sihat. Walaubagaimanapun tanpa penjagaan kesihatan yang baik, aktiviti dan pergerakan yang biasa dilakukan boleh menjadi satu halangan kepada semua. Perlu mendapatkan gaya hidup yang baik tanpa sebarang kebimbangan. 

Pemakanan dan diet yang betul adalah penting bagi mendapatkan tubuh yang sihat - lagipun, kita adalah apa yang kita makan.

Ramai penasihat kesihatan telah mengesyorkan untuk menambah kandungan antioksidan, probiotik dan enzim pencernaan ke dalam pengambilan makanan harian kita bagi mendapatkan kandungan diet yang lebih sihat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kurkumin telah menjadi lebih popular kerana mempunyai banyak manfaat kesihatan yang telah terbukti secara saintifik. 

Apakah itu kurkumin? Dari mana ia berasal?

Kurkumin adalah sebatian bahan aktif yang terdapat pada kunyit, yang mempunyai kaitan dengan keluarga halia. Kunyit paling kerap ditemui di Asia Tenggara dan benua kecil India. Ia digunakan secara meluas dalam masakan India, China dan Thailand serta perubatan Ayurveda. Kunyit boleh mengubah sebarang hidangan menjadi warna kuning-oren yang meriah dan menambah rasa yang kuat. Ia mempunyai rasa yang asli dengan sedikit rempah ratus. Anda akan mendapati rasa yang tidak boleh diganti ini dalam kebanyakan serbuk kari. 

Apakah manfaat kurkumin ?

Setelah berdekad lamanya, kunyit telah digunakan secara meluas di India dan China untuk rawatan perubatan bagi merawat penyakit dermatologi, jangkitan penyakit, tekanan dan deepresi.

Dalam kajian terbaru, kurkumin telah terbukti mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan termasuklah antioksidan, anti-radang dan kesan anti kanser. 

Kesan anti kanser

Melalui pelbagau kajian dijalankan, kesan anti kanser yang terdapat pada kurkumin mempunyai bahan untuk mencegah sel kanser merebak, membunuh sel kanser dan meringankan kesan sampingan selepas rawatan. Kajian makmal juga menunjukkan bahawa kurkumin boleh membantu dalam membunuh sel kanser dan mengurangkan pertumbuhan saluran darah baru dalam tumor.1

Kesan anti-radang dan antioksidan

Penyakit berjangkit dan keradangan yang kronik terjadi di kebanyakkan penyakit kritikal termasuklah penyakit jantung, neurodegenerative dan penyakit metabolik yang terjadi keepada pesakit obesity, diabetis jenis 2 dan kanser. Kurkumin membantu dalam melawan keradangan di peringkat molekular. Oleh itu membantu dalam mencegah dan merawat penyakit ini.

Kurkumin ialah antioksidan bagus yang boleh menghalang kesan radikal bebas dan merangsang pertahanan antioksidan badan. Radikal bebas boleh menyebabkan kemerosotan pada kanta mata, keradangan sendi, kerosakan sel saraf di bahagian otak, mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari antara lain. 

Akibat dari kesan antiradang dan antioksida, kurkumin dapat membantu untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuk diabetis, obesiti, neurodegeneratif dan penyakit jantung termasuk penyakit kulit seperti alergi dan asma.

Bagaimana Kurkumin membantu dalam merawat sakit sendi?

Sakit sendi adalah penyakit yang biasa dihadapi dikalangan dewasa akibat dari gaya hidup dan pelbagai lagi faktor. Keradangan dibahagian sendi boleh menyebabkan kesakitan seperti arthritis. Selain dari segi perubatan, makanan tambahan juga boleh menjadi anti-radang dan anti oksidan yang sangat membantu dalam merawat masalah sendi. 

Ada yang mengambil pil tahan sakit untuk memberi kelegaan pada kesakitan sendi. Penggunaan yang berterusan boleh menyebabkan pelbagai jenis kesan sampingan. Termasuk kerosakan buah pinggang dan kegagalan hati. Oleh itu ramai telah mendapat kesedaran untuk mencari alternatif lain bagi merawat penyakit sendi. 

Dengan sifat anti radang dan antioksidan yang kuat, kurkumin adalah alternatif yang terbaik untuk melegakan kesakitan sendi. Kurkumin itu tidak diserap dengan sebaiknya di dalam aliran darah dan memerlukan bahan lain seperti piperin (yang terdapat di dalam lada hitam) untuk membantu dalam penyerapan kurkumin ke dalam badan. 

Kurkumin dan lada hitam adalah bahan penting yang boleh didapati di dalam Neeflex yang boleh diabil setiap hari bagi tujuan merawat masalah sendi. Antara kandungan lain yang terdapat di dalam Neeflex, termasuklah kolagen, daun moringa, cat’s claw, zink yang diperkaya dengan yis dan vitamin C. Kandungan ini dapat melindungi dan merawat tulang rawan dan pada masa yang sama menjadikan tulang lebih sihat.

Perbaiki hari anda dengan menambah sedikit kunyit ke dalam diet harian. Atau dengan lebih mudah dengan hanya meminum Neeflex untuk mendapat kehidupan yang lebih bermakna.

Rujukan:

Ravindran, Jayaraj, Sahdeo Prasad, and Bharat Aggarwal. “Curcumin and Cancer Cells: How Many Ways Can Curry Kill Tumor Cells Selectively?” The AAPS Journal  11, no. 3 (2009): 495-510. https://doi.org/10.1208/s122248-009-9128-x.

Betül Kocaadam & Nevin Şanlier (2017) Curcumin, an active component of turmeric (Curcumalonga), and its effects on health, Critical Reviews in Food Science and Nutrition, 57:13, 2889-2895. https://doi.org/10.1080/10408398.2015.1077195

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram