Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Apakah itu penyakit kaki, tangan dan mulut? Apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan dan komplikasi?

Tentang penyakit Kaki, Tangan dan Mulut

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang kebiasaanya menjangkiti kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah, ada juga kanak-kanak yang lebih berusia dan golongan dewasa mengalami masalah yang sama. Enterovirus manusia 71 (EV71) dan coxsackievirus 16 (CV-A16) adalah agen etiologi utama bagi kebanyakan kes HFMD, manakala ia juga boleh disebabkan oleh strain coxsackievirus yang lain, termasuk CA5, CA6, CA9, CA10, CB2, dan CB5. Virus ini boleh disebarkan melalui sentuhan langsung terhadap rembesan hidung dan tekak, najis, serta cecair vesikel orang yang dijangkiti. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk HFMD, dan penggunaan vaksin EV71 yang tersedia tidak diluluskan di mana-mana negara.

Gejala HFMD dan cara penjagaan

Gejala utama bagi penyakit ini adalah demam dan lepuhan pada kulit, kaki dan mulut. Kesan kesihatan lain termasuk loya, muntah, sakit tekak, keletihan, rasa ketidakselesaan pada badan, hilang selera makan, dan mudah marah. Sesetengah pesakit yang dijangkiti HFMD tidak mengalami sebarang gejala , malahan masih boleh menghantar virus kepada individu lain. HFMD kebanyakan tidak serius dan boleh pulih dalam masa 7-10 hari, tetapi ia sangat mudah merebak. 

Perskripsi bagi melegakan demam dan kesakitan dan diambil bersama dengan agen anti-radang, akan diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan kesakitan atau gejala HFMD. Pesakit juga disarankan meminum air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi boleh membawa kepada pelbagai komplikasi penyakit. Sangat penting dalam mengamalkan kebersihan diri yang baik bagi membantu dalam mengurangkan risiko dijangkiti HFMD.

Komplikasi HFMD (Cox et al., 2017)

HMFD tidak terlalu serius dan akan sembuh dalam masa 7-10 hari, tetapi ia sangat mudah berjangkit. Salah satu penyebab utama, iaitu EV71 boleh memasuki sistem saraf pusat (CNS) dan menyebabkan beberapa komplikasi neurologi dan menganggu sistem kardio-pernafasan didalam beberapa kes yang jarang berlaku. Komplikasi ini termasuk ensefalitis, meningitis, lumpuh ketidakupayaan akut dan kegagalan kardiorespiratori yang boleh mengancam nyawa. Apabila telah merebak ke dalam otak dan CNS, EV71 menyebabkan kematian sel neuron dan astrocytic, jika berlarutan boleh membawa kepada ensefalitis saraf tunjang, ini boleh menyebabkan kerosakan pada medulla oblongata. Kematian sel neuron dan astrositik juga boleh menyebabkan tindak balas yang tinggi dalam CNS sistem imun dan keradangan. Ini boleh membuatkan pembebasan sitokin berlaku yang dikenali sebagai ribut sitokin. mengakibatkan berlakunya peningkatan kebolehtelapan vaskular dan kebocoran, yang menyumbang kepada komplikasi HFMD yang teruk. Seperti kegagalan keseluruhan sistem kardio-pernafasan dan boleh juga mengakibatkan kematian.

Ribut Sitokin

Pembebasan besar-besaran sitokin tertentu yang disebabkan oleh ribut sitokin boleh menyebabkan tindak balas keradangan yang tidak terkawal, ini akhirnya boleh menyebabkan keradangan dalaman dan keradangan sistemik yang teruk. Kandungan sitokin yang tinggi mempunyai kaitan ketara dalam kes HFMD yang kronik, ini termasuk IL-2, IL-6, IL-10, TNF-α, IFN-ɣ, (Li et al., 2015) IL-1β, IL -1RA, G-CSF (Cox et al., 2017), mencadangkan tindak balas imun yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit HFMD semakin teruk.

Alternatif semulajadi dalam menguruskan tindak balas imun yang berlebihan

Keradangan ialah proses biologi penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik. Justeru itu tindak balas terhadap keradangan yang berlebihan atau tidak seimbang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. Sesetengahnya mungkin boleh mengancam nyawa. Banyak bahan yang bertindak secara semula jadi seperti polifenol, polisakarida, alkaloid dan sebgainya yang mudah diperolehi daripada tumbuhan. Bahan-bahan berikut telah diberi pengiktirafan secara meluas kerana mempunyai sifat penggalak terhadap kesihatan yang baik. Sifat anti-radang telah ditunjukkan oleh polifenol yang berasal dari tumbuhan itu telah terbukti dalam menyumbang kepada pencegahan dan perkembangan penyakit kronik (Andriantsitohaina et al., 2012, Azab et al., 2016, Calabriso et al., 2016, Yahfoufi et al., 2018 , Spagnuolo et al., 2012).

Bagaimana ASODI membantu dalam menangani penyakit HFMD?

Bagi menguatkan lagi sistem perlindungan adalah dengan imunomodulasi dan tindakan anti-radang.

Formulasi yang dilengkapi dengan sumber yang kaya dengan mikronutrien yang terbukti dapat menunjukkan imunomodulator, anti-radang dan Tindakan antioksidan. ASODI boleh membantu bahan menjadi penentu dalam mengangani penyakit HFMD mencegah darinya berlaku diperingkat awal dalam mencegah berlakunya penggumpulan lebihan sitokin yang boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih merbahaya.

Sebagai salah satu bahan berfungsi yang penting dalam ASODI adalah isoflavon soya iaitu flavonoid fenolik semulajadi yang ditemui mempunyai kesan antioksidan yang baik, imunomodulatori dan kesan imunomodulatori. Satu lagi polisakarida semulajadi yang telah digabungkan bersama ASODI, iaitu fukoidan secara amnya diakui mempunyai sifat imunomodulatori. Kajian telah mendedahkan bahawa kesan regulasi sitokin pro-radang fukoidan boleh membantu dalam meningkatkan ketahanan imuniti. Berjaya mengurangkan pembebasan sitokin radang semasa jangkitan, dengan itu dapat memberikan kesan pembaikan pada sistem imun badan dari pelbagai sudut (Wang et al., 2019).

Di samping itu, komponen utama polifenol yang terdapat di dalam kopi hijau dan polifenol teh hijau yang terdapat didalam ASODI - asid klorogenik (CGA) dan epigallocatechin gallate (EGCG), setiap darinya telah terbukti dalam menunjukkan kesan terhadap banyak tindakan anti-radang (Naveed et al., 2018). dan kesan pemodulatan keradangan (Pae et al., 2013), sepadan. Daun barli dalam ASODI mengandungi pelbagai sumber vitamin, mineral dan fitokimia yang penting untuk mengekalkan fungsi fisiologi normal dalam tubuh manusia. 

Tambahan pula, kapasiti antioksidan semulajadi polifenol dan SOD daripada ASODI boleh menghapuskan radikal bebas bagi melindungi sel tubuh manusia daripada tekanan oksidatif, yang seterusnya dapat meminimumkan berlakunya tindak balas keradangan yang berpotensi menyumbang kepada tahap kronik dan komplikasi HFMD.

Rujukan:
  1. Centers for Disease Control and Prevention – Hand Foot Mouth Disease. https://www.cdc.gov/features/handfootmouthdisease/index.html
  2. Cox et al., 2017. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fmicb.2017.02249/full#B30
  3. Masilamani et al., 2012. https://doi.org/10.1007/s12026-012-8331-5
  4. Mace et al., 2019. https://www.nature.com/articles/s41598-019-41687-z
  5. Gredel et al., 2008. https://sci-hub.ren/https://doi.org/10.1016/j.fct.2008.09.047
  6. Zhang et al., 1998. https://sci-hub.ren/https://doi.org/10.1093/jn/129.2.399
  7. Wang et al., 2019. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6471298/
  8. Naveed et al., 2018. https://sci-hub.ren/10.1016/j.biopha.2017.10.064
  9. Pae et al., 2013. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23835657/
  10. Raekiansyah et al., 2018. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29429035/
  11. Zhong et al., 2019. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fimmu.2019.00737/full
  12. Awuci, 2020. https://www.iprjb.org/journals/index.php/IJF/article/view/1024
  13. Li et al., 2015. https://www.alliedacademies.org/articles/changes-in-serum-cytokine-levels-in-handfootandmouth-disease.html
  14. Andriantsitohaina et al., 2012. https://sci-hub.se/https://doi.org/10.1017/S0007114512003406
  15. Azab et al., 2016. https://sci-hub.se/https://doi.org/10.3390/molecules21101321
  16. Calabriso et al., 2016. https://sci-hub.se/https://doi.org/10.3390/molecules21091147
  17. Yahfoufi et al., 2018. https://sci-hub.se/https://doi.org/10.3390/nu10111618
  18. Spagnuolo et al., 2012. https://sci-hub.se/10.1111/j.1749-6632.2012.06599.x

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram