Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Penghapus Radikal Bebas - Superoksida Dismutase (SOD)

Apakah radikal bebas?

Radikal bebas dalam gaya hidup seharian kita dan kesannya terhadap kesihatan manusia

Setiap hari badan akan mengalami perubahan disebabkan oleh banyak faktor termasuk pencemaran alam sekitar, merokok, alkohol, penuaan, tekanan kerja, tekanan mental, tabiat pemakanan yang tidak sihat, pendedahan kepada sinaran gelombang elektromagnet dan penggunaan ubat-ubatan kimia, dan lain-lain. Kesan dari faktor tersebut yang telah sebati dengan kehidupan seharian menyebabkan badan mula menghasilkan sejumlah besar radikal bebas.

Terdapat dalam pelbagai jenis radikal bebas. Bersifat tidak stabil secara semulajadi. Cenderung untuk mencuri electron dari sebatian lain bagi menjadikan ianya stabil. Dalam masa yang sama mengubah kompaun yang stabil menjadi radikal bebas. Sistem badan terdiri daripada sistem antioksidan yang boleh melawan larutan atau bahan yang boleh mendatangkan keburukan. Keseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan diperlukan untuk mendapatkan fungsi fisiologi yang sempurna. Apabila pertumbuhan radikal bebas melebihi kapasiti antioksidan di dalam badan, akan berlaku tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif boleh menyebabkan kerosakan terhadap DNA, sel, tisu organ dan seterusnya mengakibatkan terjadinya tindakbalas keradangan. Tindakbalas keradangan boleh terjadi akibat dari tekanan oksidatif dan cenderung untuk menyebabkan lebih banyak lagi penyakit kronik.

Superoksida dismutase (SOD), penghapus radikal bebas

SOD menyediakan pertahanan antioksidan melawan radikal bebas

超氧化物歧化酶(SOD)是生物界里一种天然及具有金属的活性抗氧化酶,它广泛分布于所有生物体内的细胞里,包括微生物,植物,动物和人类。 SOD是细胞中最强大和重要的自由基清除剂,它可对抗自由基以保护人体DNA, 细胞组织和器官免受这些有害物质造成的危害。 由于大量的自由基会因生活压力,环境污染等因素导致而间接对我们身体造成某些程度的伤害,SOD在人体内的抗氧化机制中扮演着一个非常重要的角色以避免这些问题的发生。

SOD sangat berkesan dalam melawan dan menghalang kerosakan yang diakibatkan superoksida anion (O2-) terhadap sel dan tisu. Terhasil dari oksigen, O2- ialah spesies oksigen reaktif, jenis radikal bebas yang juga merupakan metabolit perantaraan dihasilkan melalui pelbagai tindak balas biokimia semula jadi dalam badan melibatkan metabolisme oksigen. SOD menyediakan pertahanan selular khusus dalam memecahkan O2- kepada hidrogen peroksida (H2O2) dan oksigen molekul (O2), diikuti dengan degradasi H2O2 ke dalam air dan O2 oleh sama ada enzim antioksidan semula jadi lain, iaitu katalase (CAT) atau glutasi peroksida (GPX). SOD, CAT dan GPX membentuk barisan pertama pertahanan antioksidan dalam badan bagi membantu mencegah perkembangan tekanan oksidatif dan gangguan lain yang berkaitan.

O2- terlibat dalam mekanisme yang membawa kepada penjanaan lain-lain faktor ROS seperti radikal hidroksil (OH-), di mana OH- adalah radikal bebas yang paling berbahaya dan sangat reaktif. Kecederaan radikal bebas yang berpanjangan disebabkan oleh OH- boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius. Dengan mengurangkan jumlah O2-, SOD dapat mengawal kepekatan OH- berbahaya, dan dapat meminimumkan risiko komplikasi masalah kesihatan yang lebih teruk.

Faedah SOD terhadap kesihatan

SOD memang dihasilkan secara semulajadi dari dalam badan. Tetapi tahap SOD akan berkurangan mengikut peningkatan usia. Pengurangan kandungan antioksidan menunjukkan sel akan lebih terdedah kepada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Secara terus akan menyebabkan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan tekanan oksidatif. Antioksidan bukan sahaja menjadi agen untuk menghalang kerosakan oksidatif dan tekanan yang disebabkan oleh radikal bebas, tetapi sangat penting dalam menyingkirkan kemerosotan antioksidan. Kajian juga menunjukkan potensi teraputik oleh SOD di dalam pelabgai jenis penyakit termasuk kanser, penyakit keradangan, penuaan, penyakit jantung, diabetis dan lain-lain. Oleh itu, SOD tambahan sangat selamat dan pendekatan semula jadi bagi mencegah penyakit yang berkaitan dengan tekanan oksidatif yang boleh memperbaiki tahap kesihatan.

Rujukan:

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram