Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Mengapa Anda Perlu Sentiasa Menjawab Proses Alami Pada Diri Anda? Perkara yang Perlu Anda Tahu Mengenai Sembelit

Bila kali terakhir anda melakukan pembuangan air besar di tandas? Setiap hari? Setiap 3 hari? Sekali dalam seminggu? Secara alaminya, kita perlu membersihkan usus kita sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Jika seperti anda, anda sangat bertuah.

Terdapat individu yang hanya membuang 3 kali dalam seminggu. Ini adalah tanda penghidap sembelit. Sembelit bermaksud, proses penghadaman tidak lancar dan proses pembersihan usus tidak berlaku dengan baik dan secara teratur.

Menurut kajian dari pakar perubatan dan pakar gastroenterologi Pusat Perubatan UKM yang dijalankan di Malaysia. Sembelit telah memberi kesan kepada 20% hingga 35% penduduk Malaysia. Terdapat individu yang mengalami masalah sembelit selama bertahun-tahun dan ada yang hanya membuang air besar sekali sahaja dalam sebulan. 

Bayangkan betapa kritikal keadaan di mana hanya mengosongkan usus 12 kali sahaja dalam setahun. 

Gejala Sembelit

Tubuh manusia sering dikatakan sebagai pekerjaan yang ajaib. Badan akan sentiasa menghantar isyarat kepada otak untuk setiap perkara yang tidak mengikut proses sebetulnya. Perhatikan gejala berikut dan pastikan samada anda mengalami isyarat sembelit yang sebenar. 

Berikut adalah beberapa tanda amaran yang perlu diperhatikan:

  • Anda hanya membuang air besar tiga kali atau mungkin kurang dalam setiap minggu.
  • Bentuk najis berketul, kering dan padat.
  • Sangat menyakitkan dan tidak berasa selesa ketika membuang.
  • Anda mengalami sakit perut atau kekejangan dibahagian perut.
  • Anda mengalami kembung perut dan sentiasa sakit di perut.
  • Anda berasa tidak lawas sepenuhnya Ketika membuang.

Jadi sekarang anda sudah mengetahui simptom-simptom masalah sembelit. Pernahkah anda terfikir apakah punca yang boleh menyebabkan badan mengalami keadaan sedemikian? Semua perkara yang terjadi dalam kehidupan ada sebab dan akibatnya. Sama-sama kita bincangkan dan mendalami dengan lebih lanjut mengenai punca sembelit supaya ia boleh diuruskanya dengan lebih baik di masa hadapan.

Punca Sembelit

Mesti anda pernah dengar “Anda apa yang anda makan”. Punca bagi Penyakit sembelit, adalah pilihan gaya hidup. Ia amat memainkan peranan utama dalam kehidupan. Individu yang mempunyai gaya hidup yang sihat cenderung untuk mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi dapat mengelakkan masalah sembelit dari terjadi berbanding dengan individu yang mempunyai gaya hidup yang tidak teratur.

Sembelit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya:

  • Pemakanan yang rendah serat
  • Kurang minum air
  • Tidak cukup bersenam dan aktiviti fizikal.
  • Rutin harian yang tidak teratur, seperti ketika melancong atau makan dan tidur pada masa yang tidak tetap
  • Tekanan perasaan
  • Melengah-lengah kan masa untuk ke tandas

Adakah mana-mana daripada pernah anda alami? Jika ya, jangan menunda untuk mengubah gaya hidup anda dengan mendapatkan gaya hidup yang tetap dan teratur. Ini sangat membantu anda untuk mengelakkan dari masalah sembelit dan ketidakselesaan. Ramai orang takut atau malu untuk mengetahui dan berbincang mengenai sembelit. 

Jadi mereka akan cenderung untuk menyelesaikan masalah itu dengan cara tersendiri. Bagi mendapatkan penyelesaian pantas, mereka akan membeli julap dari farmasi. Mungkin akan berasa lega pada jangka masa pendek. Tetapi gejala sembelit akan datang semula. Di sini , kami akan berkongsi dengan anda beberapa cara secara semulajadi yang dapat menyelesaikan masalah sembelit ini.

Cara Semulajadi Yang Dapat Menguruskan Masalah Sembelit

Anda boleh merawat sembelit ringan dan sederhana di rumah. Mulakan dengan mengenalpasti makan dan minuman yang diambil dan mungkin perlu membuat beberapa perubahan yang sesuai.

Disertakan juga cadangan untuk membantu anda dalam menghilangkan masalah sembelit:

  1. Banyakkan minum air
  • Minum lebih 2-4 gelas dari pengambilan air normal setiap hari 
  1. Elakkan minuman beralkohol dan berkafein 
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafien seperti kopi dan teh dan juga minuman yang beralkohol kerana ini akan menyebabkan anda dehidrasi.
  1. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Tambahkan kuantiti sayuran, buahan, bijirin penuh dan makanan tinggi serat. Buah prun dan bijirin juga baik.
  1. Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak seperti daging, telur dan keju.
  1. Rekodkan apa yang anda makan
  • Sediakan jurnal dan catatkan nota mengenai jenis makanan yang membuatkan anda sembelit
  1. Sentiasa pastikan kadar metabolisma anda meningkat
  • Sentiasa bersenam dan kekal aktif
  1. Lakukan perkara dan cara yang betul ketika
  • Perhatikan cara dan Teknik ketika duduk. Adalah lebih mudah jika anda mengangkat sedikit kaki, bersandar atau mencangkung
  • Elakkan membaca , menggunakan telefon dan lain-lain gajet ketika ingin membuang air besar
  1. Minum 1 paket Beautox
  • Ambil 1 paket satu jam sebelum tidur atau selepas makan. Campurkan dengan 200ml air suam kerana ia mengandungi probiotik aktif. 

Beautox telah diformulasi dengan lengkap. Mengandungi bahan yang dipatenkan. Dan nutrient penting yang terbukti dapat membantu dalam memperbaiki kesihatan usus. Membuatkan anda tampil lebih muda, segar dan sihat.

Usus adalah otak kedua manusia. Kunci kesihatan fizikal dan mental secara menyeluruh. Usus akan mempengaruhi keseluruhan kesihatan kita dari berat badan, emosi , kesihatan kulit dan fungsi sistem imun. Apabila usus tidak berfungsi dengan baik, ia akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan dan salah satu darinya adalah masalah sembelit.

Jaga kesihatan usus anda dan ia akan menjaga anda sepenuhnya

Mengapa memilih Beautox

  • Memperbaiki kesihatan usus secara menyeluruh
  • Menyokong kesihatan sistem penghadaman
  • Menggalakkan detoksifikasi
  • Melegakan masalah sembelit dan nafas berbau
  • Meningkatkan penyerapan nutrient
  • Meningkatkan kesihatan kulit dan muka
  • Mengawal berat badan
  • Meningkatan kekuatan sistem imun

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Beautox, klik di sini: https://ecomins.com.my/product-beautox/ 

Rujukan:

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4059-constipation

https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/2020/09/21/foods-to-help-prevent-and-relieve-constipation

https://www.nst.com.my/lifestyle/heal/2017/07/256633/common-and-chronic

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram