Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Tampil Lebih Muda: 10 makanan anti-penuaan yang perlu ada dalam diet harian anda

Hanya bergantung pada rutin penjagaan kulit—seperti 10 langkah penjagaan kulit seperti orang Korea atau cukup sekadar rutin penjagaan kulit yang minimalis—ia mungkin melibatkan pembersihan, pengelupasan, penyediaan, pelembapan dan penghidratan kulit pada waktu pagi dan petang untuk setiap hari, dengan harapan mendapat kulit yang bersih, sempurna dan kelihatan lebih muda.

Penyegar, losyen, serum,krim dan topeng muka yang mungkin hanya dapat membantu sedikit sahaja bagi keseluruhan kulit. Seperti yang kita maklum organ yang terbesar adalah kulit dan menjadi tanda aras bagi menunjukkan sebarang masalah yang berlaku dari dalam. Selain dari produk penjagaan kulit, perkara yang paling utama yang perlu dijaga adalah diet makanan bagi setiap hari.

Untuk sentiasa kelihatan lebih muda, kita perlu memastikan diet pemakanan yang seimbang diambil, dari segi kandungan air, antioksida, lemak yang sihat dan lain-lain nutrisi asas yang diperlukan. Kajian menunjukkan sayur dan buah sangat bagus dalam menghilangkan kulit kusam dan garis halus.1

Bersedia untuk mendapatkan kulit yang sihat? Berikut adalah 10 makanan anti-penuaan yang boleh ditambah di dalam menu diet seharian anda bagi mendapatkan kulit yang sihat secara semulajadi.

  • Avocado

Ramai yang menggemari buah avocado dan mengambil avocado diwaktu pagi bersama roti bakar. Ia mengandungi lemak tdak tepu yang banyak, yang membantu menyihatkan kulit dan mencegah dari kulit menjadi kering. Kajian juga menunjukkan avocado dapat membantu dalam melindungi kulit dari kerosakan akibar sinar UV yang berlebihan.2 Avocado juga adalah pemangkin bagi mendapatkan nutrisi yang lengkap, membantu peningkatan penyerapan vitamin A dan lain-lain nutrient yang larut lemak.

  • Beri Biru

Beri biru kaya dengan sumber vitamin C dan Serat. Ia diperkaya dengan bahan antioksida iaitu anti penuaan yang dikenali sebagai antosianin. Antosianin sangat membantu dalam melindungi kulit dari kerosakan akibat sinar matahari, tekanan dan pencemaran. Beri biru juga mempunyai sifat anti keradangan dan membantu dalam mengelakkan kehilangan kolagen. 

  • Cantaloupe

Buah tembikai yang besar, berjus dan mengandungi banyak vitamin C, vitamin A dan antioiksida anti penuaan yang mengandungi karotenoid. Karotenoid membantu badan anda menghasilkan vitamin A yang membantu mengekalkan kesihatan selular dan melindungi kulit anda daripada tekanan oksidatif. Tembikai (cantaloupe) juga padat dengan nutrien dan rendah kalori—ini adalah yang terbaik.

  • Betik

Betik adalah makanan terbaik yang mengandungi vitamin A,C,K dan E dan juga kalsium, kalium, magnesium dan fosforus. Terdapat pelbagai jenis antioksidan dalam betik yang membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan boleh melambatkan tanda penuaan. Betik boleh mengekalkan keanjalan kulit dan meminimumkan penampilan garis halus. Ia juga mempunyai salah satu agen anti-radang terbaik alam semula jadi iaitu papain.

  • Buah pir

Buah yang rangup dan menyegarkan ini mengandungi flavanol, ia dikatakan mempunyai manfaat yang dapat melawan perkembangan demensia yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer. Pir juga mempunyai folat dan niasin, yang penting untuk fungsi selular dan penghasilan tenaga, serta provitamin A, yang menyokong kesihatan kulit dan penyembuhan luka.3

  • Curcumin

Rempah ini bukan sahaja penuh dengan perisa , tetapi juga antioksidan yang boleh melindungi tubuh badan daripada sebarang kerosakan akibat radikal bebas (membuat proses penuaan dipercepatkan) dan membantu dalam merangsang pertahanan antioksidan bagi badan, menghalang tekanan oksidatif daripada terjadi. Apabila digabungkan dengan lada hitam, kombinasi ini boleh membantu dalam melegakan loya, sakit kepala dan proses penghadaman yang lemah.

  • Kacang soya yang ditapai

Produk akhir glikasi lanjutan (AGEs) biasa ditemui di dalam protein makanan yang digoreng atau digril. AGE’s terkumpul didalam badan dan biasanya hanya ditemui apabila pembentukan penyakit terjadi, seperti diabetis dan alzhaimer. Kacang soya yang ditapai berkesan menghalang glikasi dan mengurangkan pembentukan AGE’s di dalam badan.

  • Teh Hijau

Selain dari menghasilkan secawan kopi dipagi hari, mengapa tidak menukarkanya kepada secawan teh hijau. Selain teh hijau yang kaya dengan fukoidan, polisakarida kompleks yang terbukti berkesan dalam melawan kanser. Polipfenol yang membantu melindungi kolegen yang diperlukan untuk kesihtan kulit dan sendi. Teh hijau juga mengandungi kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin E.

  • Ekstrak Kelopak Ros

Bau yang terhasil boleh mendatangkan kebaikan kepada badan, ia boleh memperlahankan proses penuaan kulit, memperbaiki keanjalan kulit, melawan sindrom metabolisma dan mengandungi kesan antioksidan.

  • Daun hijau

Sayuran sangat baik untuk kesihatan sesetengah daunan hijau seperti bayam dan selada air mempunyai kandungan air yang banyak dan penuh dengan antioksidan. Kaya dengan vitamin A dan vitamin K, daunan hijau boleh menyokong kesihatan sistem imun dan membuatkan keradangan tidak berlaku.

Untuk memastikan badan kekal muda, perlu mulakan proses pencegahan dari awal. Berikut adalah beberapa tip mudah untuk melambatkan proses penuaan di rumah: selain dari menyediakan bahan-bahan ini sendiri dirumah, anda dengan mudah boleh menikmati melalui segelas Asodi atau Neeflex.

Rujukan:

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3583891/
  2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19168000/
  3. https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-pears#TOC_TITLE_HDR_3

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram