Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Adakah kunyit membantu dalam merawat masalah sendi?

Seberapa kerap anda mengalami kekejangan atau kesakitan di dalam badan anda? Semakin kita meningkat usia, kita akan mendapati proses dalaman badan kita akan menjadi semakin perlahan dan tidak aktif. Dan mungkin mengalami kesakitan mendadak- terutama sekali dibahagian lutut, belakang badan dan kadang-kadang di bahagian otot- kerana kita melakukan kerja harian. Aktiviti yang ringkas seperti menaiki tangga atau bangun dari tempat duduk memerlukan usaha yang lebih lagi. 

Sesetengah dari kita akan banyak bergantung kepada pil tahan sakit untuk melegakan kesakitan. Dan ada juga yang merawat dengan menganbil ubatan yang boleh memberi kesan buruk pada hati, ulser perut, masalah fungsi buah pinggang, tekanan dan seribu masalah lagi jika diambil dalam jangkamasa yang lama.1 Badan boleh menjadi tidak toleran dengan sebarang ubat dan akhirnya akan membuatkan pesakit bergantung sepenuhnya kepada pil.1 Badan boleh menjadi tidak toleran dengan sebarang ubat dan akhirnya akan membuatkan pesakit bergantung sepenuhnya kepada pil. 

Bagaimana memilih cara yang selamat untuk melegakan kesakitan?Mudah sahaja, dan anda pasti terkejut semua ramuan itu anda boleh perolehi hanya dari dapur anda sahaja iaitu Kunyit. 

Know your spice – Turmeric

Kunyit diperolehi dari akar pokok kunyit itu sendiri. Dan mempunyai banyak manfaat pada kesihatan. Banyak digunakan di dalam masakan India dan boleh juga dijumpai di dalam masakan Mexico dan Asia Tenggara. Dikenali juga sebagai ratu rempah. Mempunyai rasa asli dan sedikit pedas, rasa yang unik ini sesuai dengan rempah seperti kayu manis, lada hitam dan halia. 

Apakah manfaat kurkumin ?

Kajian menunjukkan curcumin adalah bahan yang terdapat di dalam kunyit. Dimana ia mempunyai banyak manfaat pada tubuh badan. Curcumin boleh membantu dalam mencegah dari berlakunya penyakit kronik dan kesan positif yang lain, ia sangat membantu dalam melawan tekanan. 

Kesan anti-radang dan antioksidan

Keradangan juga penting kepada badan bagi melawan pencerobohan berbahaya dan memperbaiki kerosakan. Walau bagaimanapun, keradangan akut yang kronik boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan seperti kerosakan DNA, kerosakan tisu dan meninggalkan parut dalaman. Keradangan teruk ini boleh penyebab utama kepada hampir setiap penyakit kronik termasuk kanser, penyakit jantung, sindrom metabolisma dan pelbagai keadaan degeneratif.2

Dengan sifat anti-radang, curcumin boleh membantu melawan keradangan kronik, dan boleh mencegah dan merawat penyakit-penyakit ini. 

Curcumin juga berkesan melawan tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif boleh terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan kandungan diantara antioksidan dan radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada sel dan organ, dan ia boleh meningkatkan risiko kepada penyakit jantung dan kanser. Curcumin ialah antioksidan yang kuat dan berpotensi untuk menyekat radikal bebas dan merangsang pertahanan antioksidan badan anda.3

Melawan penyakit sendi menggunakan kunyit

Arthritis kerap berlaku dikalangan dewasa yang berusia. Tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan orang muda. Ada beberapa jenis arthritis dan kebanyakkan darinya boleh menyebabkan keradangan di bahagian sendi. Dengan sifat anti-radangnya yang kuat, kunyit boleh memberikan kelegaan kesakitan bagi mereka yang mengalami arthritis atau mengalami sakit pada lutut, belakang atau otot mereka.    

Kajian telah menunjukkan bahawa curcumin, iaitu sebatian bioaktif yang terdapat dalam kunyit, adalah lebih berkesan daripada ubat anti-radang dan boleh membantu merawat arthritis.4 Tidak seperti ubat yang berada dipasaran, kunyit tidak mempunyai bahan toksik dan tidak mempunyai kesan sampingan yang negatif, melainkan jika diambil dalam dos yang berlebihan. 

Dengan menambah kunyit di dalam diet anda secara tidak langsung ia boleh membantu dalam memperbaiki kualiti hidup anda. 

Mengambil kunyit bagi melegakan kesakitan

Bagaimana anda boleh menggunakan kunyit untuk melegakan kesakitan? Ia mempunyai manfaat yang sangat bagus terhadap badan dan juga kurang diserap ke dalam aliran darah. 

Meningkatkan penyerapan curcumin boleh dilakukan dengan mencampurkan lada hitam dan kunyit. Piperine, iaitu sebatian bioaktif yang terdapat di dalam lada hitam, membantu dalam memudahkan kurkumin melepasi dinding usus dan boleh membawa kepada penyerapan kurkumin yang lebih baik. 

Seperti kunyit, lada hitam juga mengandungi bahan anti-radang dan antioksidan. Jika digabungkan bersama dengan kunyit, menjadi gabungan anti-keradangan yang berkesan dan dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan.5

Bagi anda sukakan cabaran, anda boleh cuba mencampurkan kunyit dan lada hitam ke dalam masakan anda. Kedua-dua bahan ini boleh menambah dan menjadikan ia mempunyai rasa yang hebat dan memerlukan bahan tambahan yang sesuai seperti halia. Anda boleh gunakan ia sebagai perasa sayuran yang dipanggang atau hanya letakkan di atas telur hancur untuk menjadikan ia hidangan yang mudah dan sedap. 

Atau yang paling mudah hanya dengan mengambil Neeflex untuk memberikan manfaat pada kesihatan. Dimana kunyit sangat bermanfaat untuk kesihatan dan juga memberikan kelegaan. Neeflex juga mengandungi bahan yang bagus seperti kolagen terhidrolisis, daun moringa, cat’s claw vitamin C dan Zink yang diperkaya dengan yis yang sangat membantu dalam memberi perlindungan kepada sendi dan membina semula tulang rawan. 

Mulakan menjaga kesihatan dari sekarang dan memdapatkan hidup yang lebih berkualiti dengan meminum Neeflex.

Rujukan

  1. https://www.everydayhealth.com/pain-management/6-surprising-sideeffects-of-over-the-counter-painkillers.aspx
  2. https://www.healthline.com/health/chronic-inflammation
  3. https://ecomins.com.my/blog/what-are-the-health-benefits-of-turmeric-and-curcumin/
  4. https://www.healthline.com/health-news/turmeric-may-be-as-effective-as-ibuprofen-for-relieving-arthritic-knee-pain-emb-2pm
  5. https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/why-you-should-combine-turmeric-and-black-pepper/

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram