Terdahulu di bahagian 1, kepentingan indeks glisemik (GI) dan tidak boleh diabaikan. Jika anda belum lagi membaca bahagian 1, klik disini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GI sebelum membaca bahagian 2
Untuk makluman, jenis makanan yang sama tidak mempunyai kandungan GI yang sama untuk selamanya. Terdapat banyak faktor dalam menentukan kandungan GI di dalam setiap makanan:
- Buah yang terlebih masak. Sebagai contoh, jenis buah yang sama tetapi kandungan GI buah yang terlebih masak lebih tinggi dari buah yang belum masak sepenuhnya kerana kandungan gula yang lebih tinggi.
- Protein, lemak dan/atau makanan yang berasid. Pengosongan gas perut dan kadar penghadaman akan menjadi perlahan jika kandungan protein, lemak dan/atau asid lebih tinggi, penyerapan gula di dalam aliran darah akan menjadi lebih perlahan, dan mengakibatkan skor GI yang lebih rendah.
- Saiz partikel makanan. Makanan yang bersaiz lebih kecil lebih mudah diserap dan mengandungi GI yang lebih tinggi berbanding jenis makanan yang sama tetapi saiz yang lebih besar.
- Masa masakan. Lebih lama masa yang diambil, makanan akan lebih cepat berkanji dan kadar penghadaman. Dan sebab itu makanan tersebut akan mempunyai kadar GI yang lebih tinggi.
- Makanan yang diproses. Mempunyai kadar GI lebij tinggi kerana ia memerlukan proses penghadaman yang kurang dan boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding makanan yang tidak diproses.
- Jenis karbohidrat di dalam makanan. Makanan yang mempunyai amilosa yang lebih tinggi (lambat dihadam) berbanding amilopektin (cepat dihadam) menyebabkan kandungan GI lebih rendah dan sebaliknya.
- Serat yang terdapat di dalam makanan. Lebih tinggi kandungan serat, akan melambatkan proses penghadaman. Semakin perlahan paras gula dalam darah dinaikkan, semakin rendah kadar GI.
- Makanan yang mengandungi gula. Lebih banyak kandungan gula, lagi pantas kandungan gula dinaikkan, lagi tinggi kadar GI.
Kesimpulanya, carta indeks glisemik boleh digunakan tetapi tidak boleh bergantung sepenuhnya disebabkan faktor-faktor di atas. Sebenarnya, ramai yang mungkin meragui , adakah indeks glisemik hanya satu-satunya cara untuk mengawal pemakanan bagi pesakit diabetis? Nantikan perbincangan lanjut dalam bahagian 3.