Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

5 Jenis makanan yang boleh menjejaskan sistem imun anda

Bak kata pepatah, kita adalah apa yang kita makan. 

Berbeza dengan pendapat ramai, bersenam bukanlah jaminan bagi mendapatkan badan yang sihat. Gabungan aktiviti fizikal dan menjaga apa yang dimakan adalah kunci utama kepada tubuh yang sihat dan minda yang kuat bagi mengelakkan mendapat penyakit.

Pemakanan seimbang terdiri daripada buah segar, sayur berwarna-warni, bijirin penuh, tenusu dan protein. Makanan ini dapat memberikan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan bagi memastikan berfungsi dengan baik. Kandungan nutrisi yang diperlukana adalah vitamin, mineral, antioksidan, karbohidrat, serat, protein, dan lemak yang sihat. 

Terdapat pelbagai makanan yang boleh menjejaskan tahap sistem imun kita. Terutama sekali adalah makanan yang diproses. Makanan yang diproses dicipta bagi memudahkan proses menyediakan makanan tanpa meluangkan masa yang terlalu lama untuk memasak. Menyenangkan dan amat disukai ramai, tetapi jika semakin banyak memakan makanan yang diproses, semakin banyak kesan negative yang akan merosakkan badan kita.

Berikut adalah 5 jenis makanan yang akan menjejaskan fungsi imun 

  1. Roti Putih

Percaya atau tidak, roti putih mampu menjejaskan sistem imun manusia. Seperti lain-lain makanan yang dibakar (biskut, kek dan kuih gulung), roti putih diperbuat dari roti tepung putih yang terhasil dari karbohidrat ringkas. Mengandungi tinggi kalori dan rendah nutrisi. Ini boleh mengakibatkan kenaikan berat badan tanpa dikawal dan boleh menjadi penyebab utama masalah obesity dan rintangan insulin. Roti putih juga mempunyai indeks glisemik tinggi Dimana ia boleh menghasilkan glikasi awal (AGE) didalam tubuh badan. Oleh itu rotih putih boleh menyebabkan keradangan dan menghalang tubuh badan berkeupaya bagi merawat diri sendiri. 

  1. Manisan dan gula-gula

Siapa yang boleh tahan untuk tidak menikmati makanan ringan yang manis? Gula-gula dan manisan, termasuklah kepingan coklat pudina, sangat sedap tetapi ia boleh menjejaskan sistem imun anda. Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, akan menyebabkan keradangan protein, akan memburukkan lagi sistem imun. Apabila menghidapi masalah kandungan gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan sistem imun berasa tertekan dan sel di dalam badan tidak dapat melawan sebarang jangkitan dengan baik. Kandungan gula yang tinggi dalam darah juga akan menyebabkan ketidakseimbangan dan menganggu tindakbalas sistem imun. 

  1. Jus Buah

Menikmati jus buah adalah cara yang paling mudah untuk menambah buah di dalam diet harian. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa us buah boleh memburukan lagi sistem imun kita. kebanyakkan jus buah yang berada di pasaran menambah sejumlah gula bagi memberikan rasa yang sedap tetapi sebenarnya ia lebih memburukkan lagi keadaan. Lebihan gula boleh menyebabkan fungsi sistem imun akan terjejas dan mendatangkan lebih banyak keburukan. Jika terlebih meminum jus buah yang manis ini akan menyebabkan lebih banyak keburukan dan kesan negative terhadap badan, termasuklah obesity, lebih berat badan, risiko diabetis dan kanser. 

  1. Minuman keras

Sesetengah dari kita akan merasakan untuk merasa lebih seronok dan kepuasan setelah pennat bekerja adalah dengan meminum minuman keras. Tetapi alkohol boleh mempengaruhi sistem imun dengan merosakkan sel imun dan mengurangkang keupayaan untuk melawan jangkitan. Memngambil alkohol boleh menyebabkan tahap hormon kortisol, kandungan gula dalam darah dan insulin akan terjejas dan mempengaruhi sistem imun. Alkohol juga boleh menganggu kesihatan usus dengan menyebabkan keradangan di dalam usus dan menghancurkan bakteria baik di dalam usus. Bakteria baik dalam usus diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem usus. 

  1. Bijirin Sarapan

Dengan menikmati sarapan ringkas bersama dengan semangkuk susu, bijirin kotak menjadi kesukaan ramai ketika sarapan. Diperkaya dengan vitamin dan mineral, kebanyakan bijirin sarapan mengandungi kandungan gula yang banyak dan rendah serat. Dengan memakannya setiap hari, kandungan gula tambahan tersebut boleh memberikan kesan yang lebih buruk kepada sistem imun dan boleh mengakibatkan lebih banyak masalah kesihatan. Walaupun mereka menyatakan bijirin sarapan mereka sangat menyihatkan tetapi perlu diingatkan untuk sentiasa memeriksa kandungan nutrisi dan buat pilihan bijak dengan memilih bijirin yang mengandungi kandungan gula yang sedikit dan kandungan serat yang tinggi. 

Untuk memastikan sistem imun anda berfungsi dengan baik, perlu memberikan perhatian yang lebih kepada apa yang anda makan. Sebagai alternatif tambahan anda boleh mengambil ASODI untuk membantu dalam meningkatkan sistem imun anda. ASODI mengandungi bahan yang dipatenkan seperti ekstrak tembikai (cantaloupe), ekstrak kelopak ros, dan ekstrak kacang soya yang ditapai, ekstrak teh hijau, ekstrak biji kopi hijau, dan daun barli. ASODI boleh membekalkan badan anda dengan kandungan superoksida dismutasi (SOD)yang boleh melawan tekanan oksidatif dan mengurangkan AGEs.

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram