Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

5 manfaat utama yang diperolehi dari tembikai (cantaloupe) yang dapat memberikan perlindungan imun dan kesihatan secara menyeluruh

Apabila anda keluar membeli barangan dapur di pasaraya, jangan lupa masukkan beberapa tembikai (cantaloupe) didalam bakul anda! Kebanyakan dewasa memerlukan makan sekurangnya secawan buah setiap hari. Oleh itu tembikai (cantaloupe) adalah buah yang paling tepat sekali. Buah yang sangat menyegarkan ketika musim panas. Penuh dengan jus dan nutrient yang boleh membantu dalam menaikkan sistem imun dan kesihatan secara menyeluruh. 

Dibawah adalah 5 kepentingan penting yang akan diperolehi dari tembikai (cantaloupe) dan beberapa tip yang sangat bermanfaat dari tembikai (cantaloupe).

Kaya dengan Nutrien

Buah yang manis, ranggup dan penuh dengan nutrient untuk tubuh badan anda. Tembikai (cantaloupe) mempunyai lebih banyak beta-karotena dari buah aprikot, limau gedang, oren, peach, tangerine, nectar, manga dan banyak lagi. Tembikai (cantaloupe) juga mengandungi tinggi kandungan superoksida dismutasi SOD) mengandungi enzim antioksidan yang kuat. Ia juga mempunyai sumber vitamin A terbaik apabila dibandingkan dengan jenis buahan yang lain. Satu cawan tembikai (cantaloupe) hanya mengandungi lebih kurang 55 kalori, tetapi ia cukup untuk memenuhi keperluan harian bagi termasuk vitamin A, vitamin C, Sera dan banyak lagi.1 Ia juga mengandungi potassium , iaitu mineral penting dalam membantu menyeimbangkan kandungan air diantara sel dan cecair di dalam badan. Potasium juga diperlukan untuk kesihatan saraf dan pergerakan otot. Dan ia boleh dijadikan snek yang berkhasiat selepas bersenam dan ia boleh membantu menggantikan elektrolit di dalam badan.

Sumber air dan serat yang bagus

Tembikai (cantaloupe) mempunyai kandungan air lebih banyak berbanding buah yang lain seperti tembikai merah, nanas, dan lain-lain. 90% darinya adalah kandungan air. Ia akan memastikan adan kekal terhidrat, ia sangat penting dalam menjaga sistem imun bagi memastikan tubuh badan kekal sihat. Sel, organ dan tisu sangat memerlukan air yang mencukupi untuk kekal berfungsi dengan baik. Dehidrasi boleh menyebabkan banyak masalah pada tisu termasuk proses penghadaman, sakit kepala, kemabukan, kulit kering dan tekanan darah rendah.

Selain dari meminum air, makan banyak buah-buahan juga dapat membantu untuk kekal terhidrasi. Anda boleh mencuba beberapa kuib beku tembikai (cantaloupe) dan nikmatinya di bawah matahari terik. Bukan hanya menyegarkan tetapi membantu anda untuk kekal terhidrasi.

Melawan tekanan oksidatif

SOD dan vitamin mengandungi tinggi antioksidan yang boleh membantu dalam meneutralkan radikal bebas di dalam badan. Ini boleh mengelakkan tekanan oksidatif dari berlaku yang boleh merosakkan sel di dalam badan dan menyebabkan keradangan yang teruk. Sangat penting untuk memastikan kandungan antioksidan di dalam badan berada dalam keadaan tertekan yang boleh menyebabkn keadaan kesihatan yang serius boleh merebak, termasuk kanser dan penyakit jantung. Cantaloupe juga kaya dengan beta-karotena, yang merupakan satu lagi antioksidan yang kuat. 

Menyokong sistem imun

Apabila dimakan, beta-karotena boleh ditukar kepada vitamin A, yang merupakan mikronutrien yang dapat memberi manfaat kepada penglihatan, menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan, serta meningkatkan sistem imuniti anda. Vitamin A, yang terkenal sebagai vitamin anti-keradangan, membantu mengawal tindak balas imun selular dan juga menyokong pengeluaran dan pertumbuhan sel imun.2 

Menggalakkan kesihatan jantung

Penyakit jantung biasanya disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan paras kolesterol darah yang tinggi. Walau bagaimanapun, kedua-dua keadaan ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala, dan mungkin boleh menghadapi risiko masalah jantung jika tidak dirawat. Pemakanan yang seimbang dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Sesetengah makanan, seperti tembikai (cantaloupe) boleh membantu. Dengan gabungan triniti serat, kalium dan vitamin C, tembikai (cantaloupe) baik untuk kesihatan jantung anda, kerana ia boleh mengurangkan risiko kolesterol dalam darah yang tinggi dan tekanan darah tinggi. Serat larut membantu dalam menurunkan paras kolesterol darah, manakala kalium akan membantu dalam mengawal tekanan darah. 

Walaupun tembikai (cantaloupe) sedap dimakan begitu, anda boleh mempelbagaikan kegunaan dan cara memakanya.

  • Smoothie tembikai (cantaloupe): juga boleh membuat smoothie tembikai (cantaloupe) yang mudah dipagi hari. Lebih enak dicampurkan dengan yogurt Greek dan madu. Kisarkan ia bersama dan nikmati smoothie enak ini. 
  • Tembikai (Cantaloupe) sorbet: Untuk membuat hidangan ais ini, campurkan ia bersama lemon, madu dan air dalam pemproses makanan. 
  • Tembikai (Cantaloupe) panggang: Membakar buah-buahan sangat membantu dalam meningkatkan rasa manis di dalamnya. Mungkin nampak pelik, tapi jangan ragu-ragu untuk mencuba nya. Anda pasti teruja dengan hasilnya. 

Untuk lebih ringkas, anda boleh nikmati segelas ASODI yang dicampurkan dengan air suhu bilik. Ia boleh diminum setiap hari dan salah satu cara yang paling pantas untuk meningkatkan sistem imun dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhan.

Dengan bahan-bahan yang berkualit dan dipatenkan seperti tembikai (cantaloupe), kelopak ros, penapaian soya, rumpai laut, teh hijau, kopi hijau dan daun barli. Ini adalah bahan utama yang terdapat di dalam ASODI Ia akan membantu dalam menstabilkan tahap gula dalam darah, mengawal sindrom metabolisma, melawan tekanan oksidatif, dan juga dapat mengawal kolestrol dalam darah. 

SOD juga sangat penting dalam kesihatan badan secara menyeluruh. Badan akan menghasilkan SOD secara semulajadi. Tetapi apabila sudah memasuki usia 30 tahun, keupayaan penghasilan SOD semakin berkurangan. Oleh itu sangat penting untuk mencari jalan bagi menggantikan SOD di dalam badan. ASODI akan membantu dalam menggantikan SOD . dengan gabungan bahan yang dipatenkan dari Perancis, ASODI mengandungi tinggi kandungan SOD. 7 kali ganda berbanding tembikai biasa. Kajian juga menunjukkan tembikai (cantaloupe) yang dipatenkan ini mengandungi kesan antioksida yang tinggi, boleh melambatkan proses penuaan dan penyakit jantung. Mengalakkan penghasilan kulit yang sihat dan mengurangkan kerosakan dari sinaran UV.

Rujukan

  1. https://www.livescience.com/54475-cantaloupe-nutrition.html
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6162863/

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram