Get RM 20 Cash Voucher for every purchase

Tidak semua yang mempunyai kandungan yang tinggi adalah yang terbaik – Indeks Glisemik , Profil Rendah Tetapi Penting (Bahagian 3)

Adakah Indeks Glisemik (GI) hanya cara yang terbaik untuk mengawal kandungan gula dalam darah untuk pesakit diabetis? Adakah anda mengerti maksud Indeks Glisemik?

Informasi lanjut boleh didapati dibahagian bahagian 1 dan Bahagian 2 of this series for more information.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, telah banyak kajian yang menunjukkan pengawalan pengambilan karbohidrat, diet rendah kalori dan pengurangan berat badan (individu yang mempunyai berat badan berlebihan, dimana mempunyai BMI bersamaan atau melebihi 25kg/ m22) lebih berkesan dari hanya bergantung kepada pemantauan kandungan GI yang diambil. Kandungan GI yang rendah tetap menjadi keutamaan bagi membentuk plan makanan. Banyak kajian menunjukkan diet rendah GI menunjukkan pengurangan risiko diabetis jenis 2. Sama penting dalam mengawal tahap gula dalam darah(Zafar et al., 2019).  

Untuk pengetahuan anda, individu yang sihat juga boleh mendapat diabetis jenis 2 jika kerap memakan diet yang mempunyai GI yang tinggi. Livesey et al.(2019) membuktikan makanan yang mempunyai GI yang tinggi mengalakkan peningkatan risiko diabeti jenis 2. Apabila diabetis jenis 2 sudah menyerang, tidak boleh lagi menikmati makanan yang sedap, dan berisiko untuk mendapat kerosakan buah pinggang yang kronik, masalah mata, masalah saraf dan sebagainya yang disebabkan oleh kandungan dalam darah yang tinggi. Pada mereka yang merasakan diri mereka sihat, jangan cepat merasa lega. Ini kerana pada peringkat awal diabetis atau permulaan diabetis jenis 2, tidak berlaku sebarang gejala yang ketara apabila kandungan gula dalam darah meningkat. Hanya boleh diketahui selepas melakukan pemeriksaan menggunakan glucometer. Oleh itu perlu sentiasa mengamalkan diet yang sihat (termasuk diet GI rendah) adalah cara terbaik untuk menjauhkan dari penyakit diabetis. 

Selain dari perlu memilih makanan mengikut kandungan GI yang terdapat di bahagian 1, berikut adalah beberapa tip untuk memilih makanan yang mempunyai kandungan GI yang rendah: 

 Pilihan BagusBukan Pilihan Bagus
Jenis dan habit makananUbi Kentang rebusKentang putar
Makanan yang mengandungi kekacang dan dhalTidak memasukan kekacang dan dhal di dalam diet
Buah dan sayuran segarJus dan makanan dalam tin (buah dan sayuran)
Roti bijirin penuh, bijirin sarapan dan pasta bijirinRoti putih, bijirin dan pasta ringkas
Beras BasmatiBeras Putih
Sedikit bahagian makanan yang mengandungi kandungan GI tinggiBahagian besar makanan yang mengandungi GI tinggi
Sekurangnya 1 hidangan yang mengandungi GI yang rendah di setiap hidangan makanan dan makanan ringanHanya makanan yang tinggi GI

Nota: Jika anda mengalami penyakit (akut/kronik) sila dapatkan nasihat dari doktor/pakar diet/pakar pemakanan sebelum mengikut beberapa tip di atas.

Walaupun kandungang GI tidak menjadi perkara utama dalam menentukan plan pemakanan, adalah penting bagi kita termasuk yang menghidap penyakit diabetis. Selain dari melihat kepada GI skor, saiz hidangan sangat memainkan peranan penting. Episod seterusnya kita akan membincangkan tentang beban glisemik (GL).

Rujukan:
  • Ministry of Health, Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/en/glycaemic-index-and-glycaemic-load/
  • Glycemic Index Foundation. https://www.gisymbol.com/gi-diabetes/
  • Zafar et al., 2019. https://doi.org/10.1093/ajcn/nqz149
  • Livesey et al., 2019. https://doi.org/10.3390/nu11061280

Artikel Terkini

Produk kami

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram